f Secubit Garam: Ikan Bawang Putih Goreng

N3 Terkini

Friday, May 15, 2009

Ikan Bawang Putih Goreng


Satu lagi menu Thai yg K.Nor cuba dari buku resipi Thai aritu. Nama menu ni Ikan Bawang Putih Goreng @ Pla Tod Kra-tiam. Ikan goreng ni disertakan sekali dgn sos pencicah dia, senang dan simple jer. Hari tu tengok kat blog K.Ina KL, dia ada mention yg dia makan ayam goreng apa tah yg dicicah dgn sos mangga. Agaknya lebih kurang dgn sos ni kut.. K.Ina, cuba la sos ni, mana tau lebih kurang dgn sos yg K.Ina pernah makan kat hotel masa wedding aritu.. Sedap tau sos ni.. Boleh wat cicah dgn daging bakar ke, sotong bakar ke.. try ler.. mudah jer

Ikan Bawang Putih Goreng

1 ekor (500gm) ikan talapia
1/2 cawan bawang putih
1 sudu besar lada putih biji ~ k.nor tak ada lada putih, so tukar dgn lada hitam
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng

Tumbuk bawang putih, lada putih biji dan garam hingga menjadi paste.
Sapukan keatas ikan dan biarkan 20 - 30 minit.
Asingkan paste td dari ikan utk digoreng semula nanti.
Goreng ikan dlm minyak panas (api sederhana kuat) hingga masak keemasan. Toskan.
Goreng paste bawang putih td hingga garing dan keemasan.
Taburkan atas ikan dan boleh la dihidangkan dgn sos mangga hijau.


Sos Mangga Hijau


1/2 cawan mangga hijau masam ~ dihiris nipis (cincang panjang)
1 biji bawang merah ~ dihiris nipis
2 sudu besar air limau nipis
3 sudu besar sos ikan
2 sudu teh gula
3 biji cili api ~ dihiris halus

Campurkan kesemua bahan dlm sebuah bekas dan gaul sebati.
Bolehlah dihidangkan dgn ikan goreng td.


1 comment: