f Secubit Garam: Kue Tiaw Goreng dgn Daging

N3 Terkini

Monday, May 18, 2009

Kue Tiaw Goreng dgn Daging


Salam

Ni dia menu utk malam ni. Satu lg resipi dr buku masakan Thai. Sori la ya, K.Nor akan sentiasa buat resipi2 yg berkenan kat mata dlm buku resipi tu. Sbb banyak resipi2 yg menyelerakan. Bukan bermakna K.Nor org siam tau, K.Nor org Tganu jati nih!! Biarlah Tganu tak membangun spt negeri2 sebelah barat nun, tp alhamdulillah.. hujan emas negeri org kan.. biar la hujan batu pun kat sini, tak per.. tak per..

Berbalik pd menu ni, kebiasaannya kita goreng kue tiaw bersama kerang or udang. Tp kali ni menggunakan daging cincang dan ada tambahan serbuk kari. Alhamdulillah sedap, bukan ayat K.Nor aje tau, cik abg dan anak dara tu pun kata sedap. Ada balance lg kuah dia tu, rasanya nak rebus spagetti pagi esok dan makan dgn kuah ni. Pastu tabur skit serbuk lada hitam.. Kita pelbagaikan laa kan, tak la membazir..


KUE TIAW GORENG DGN DAGING

500gm kue tiaw
1 sudu besar kicap pekat ~ kicap utk mee (k.nor guna kicap pekat Jalen)

Gaul kue tiaw dgn kicap hingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dan goreng kue tiaw td sekejap.
Angkat dan hidang dlm pinggan. Ketepikan

bahan utk kuah:
200gm daging kisar
3 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
3 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1/2 cawan carrot yg dipotong dadu
1/2 cawan putik jagung yg dipotong
3 sudu besar kacang pea masak * tak letak
3 sudu besar labu masak * tak letak gak
2 sudu besar kubis jeruk * pun tak letak
2 cawan stok sayur/stok ayam
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kicap
1 1/2 sudu gula
1 sudu teh garam
3 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan air ~ untuk dibancuh dgn tepung jagung
minyak

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan keemasan.
Masukkan daging kisar, goreng hingga daging berubah warna dan masukkan carrot, putik jagung, tomato dan serbuk kari.
Goreng sekejap dan masukkan stok sayur/stok ayam.
Masukkan garam dan gula secukup rasa serta kicap.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung.
Kacau dan biar kuah sedikit pekat dan cedukkan keatas kue tiaw td.
Sedia utk dihidangkan..
Boleh dimakan bersama cili jeruk atau sambal kicap jika suka.

# jika suka pedas, tambahkan cili padi yg diketuk/dipotong semasa memasukkan sayur2an
## boleh juga masukkan serbuk lada hitam semasa sedang masak kue tiaw ni atau semasa serve

No comments:

Post a Comment