f Secubit Garam: Mihun Rebus Ala Kampung

N3 Terkini

Thursday, May 7, 2009

Mihun Rebus Ala Kampung


Salam...

Ni menu akak utk malam ni.. Mihun Rebus Ala Kampung.. salah satu menu wajib kalau bulan Ramadhan. Kalau kat Tganu ni, ada org panggil mi chalon. Sbb fishball homemade tu org kat sini panggil chalon. Biasanya chalon ni kita org buat menggunakan ikan selayang, sbb ikan selayang ni manis rasa dia. Pastu bila masak fishball ni, kita gentel2 dan masukkan direct dalam kuah yg mendidih, so air ikan tu yg menyedapkan rasa mihun ni. Mi rebus ni gak bagus utk org demam or tak sedap badan. Kat dalam tu ada lada hitam (kalau yg kita tumbuk lg best rasa dan aroma dia) yg boleh buat badan kita berpeluh sakan, keluar abis peluh jantan betina hehehe.. silap2 dgn air hidung pun boleh keluar sama tambah lg dgn ada nya cili kicap tu. Lagi la enak dan menyelerakan. K.Nor hanya gunakan fishball/chalon dan jugak sotong ball jer dlm mihun rebus kali ni. Dah la terlupa nak beli taugeh, tak per la. Tapi kalau ada taugeh lagi sedap. Jom kita makan mihun rebus ni...

2 comments: