f Secubit Garam: Daging Gril Pedas

N3 Terkini

Tuesday, May 12, 2009

Daging Gril Pedas



Jom kita layan menu ala Thai hari ni.. Nama dia Neeu Nam-Tok @ Daging Gril Pedas. Masakan yg simple bangat, tp amat menyelerakan. Cik Abg bg 2 thumbs up tau.. Dengan rasanya yg masam, manis, masin dan pedas, sgt2 membuka selera. Insyaallah tak mengecewakan kalau mencuba tau..


Camna, kecur tak air liur? hehehe..

Sori lah, tak leh nak type resipi awal2 td, banyak kes jadi hari ni. Dengan tragedi mei nyer, dgn black -out pun ya... tang tragedi tu nanti la akak citer . Kita salin resipi dulu ya..

Daging Gril Pedas

250gm daging batang pinang
1 sudu besar kicap
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.

5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
daun pasli/daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
2 1/2 sudu besar air limau nipis
cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris # resipi asal letak serbuk cili kasar

Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tp kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.

2 comments:

  1. salam... kak nor nk memintak resepi leh dok? teringinnn

    ReplyDelete
  2. w'salam cun.. silakan amik.. slmt mencuba ya..

    ReplyDelete