f Secubit Garam: Tomyam Koong

N3 Terkini

Friday, May 8, 2009

Tomyam Koong



Okies adik2, hari ni kita terbang ke Thai kejap ya.. Dengan menggunakan sos cili sangai yg dulu tu, kita masak satu menu yg simple. Namanya Tomyam Koong @ Sup Udang Pedas dan Masam. Ikut resipi asal dlm buku masakan tu, hanya udang yg digunakan sbg bahan utama. Tp K.Nor ni biasalah kan, suka mengedit or menokok tambah bahan2 or kaedah memasak mengikut citarasa, bahan2 yg sedia ada atau stail masak yg kita selesa, kan... Pada sesiapa yg dah buat sos cili sangai tu, boleh la nak cuba masakan tomyam ni pulak. Hasilnya, insyaallah tak mengecewakan. Mana yg rasa kurang tu, ejjas2 la sendiri lak ya..


Tomyam Koong

10 - 15 ekor udang
5 - 6 keping hirisan lengkuas ~ ketuk2 skit biar pecah
3 btg serai ~ diketuk
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
2 1/2 cawan air
1/4 cawan pes cili sangai
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
5 biji cili api ~ ditumbuk
# sedikit akar daun ketumbar
# 3 - 5 tangkai daun ketumbar # yg ni K.Nor saja2 tambah...
# sotong & lala

Didihkan lengkuas, serai dan air dlm periuk.
Masukkan pes cili sangai, cili api, sos ikan, jus limau nipis dan sedikit air dalam sebuah bekas.
Kacau hingga sebati dan curahkan kedalam periuk td.
Masukkan daun dan akar ketumbar kedalam periuk dan perisakan dgn garam.
Bila mendidih, masukkan udang, sotong dan lala serta daun limau purut dan masak lah hingga mendidih dan padamkan api.
Kalau tak cukup pedas, tambah cili lagi dan kalau tak cukup masam tambah jus limau ya..
alaaaa....... pandai2 laa ejjas tu kan...............

* mengikut penulis buku tu, kalau nak kasi kuah tu pekat skit boleh ditambah dgn susu. K.Nor rasa kalau nak tambah santan pun boleh gak. Sebab aritu pernah masak tomyam dgn meletak santan menggantikan air.. Sedap gak tau.. Terpulang la pada citarasa masing2, ya...

No comments:

Post a Comment