f Secubit Garam: Dragon Fruit Jelly

N3 Terkini

Monday, May 11, 2009

Dragon Fruit Jelly

Ni salah satu hasil projek main2 dgn buah naga. Menggunakan jelly keluaran Nona yg kebetulan ada kat dapur tu, K.Nor godek la jelly ni. Dah pernah tengok kat rumah sapa ntah dulu, pun buat jelly buah naga ni, tp lupa rumah sapa. Berdasarkan sukatan pd belakang kotak, K.Nor try & error buat jelly ni. Sebenarnya smlm dah buat sepeket, tp hasilnya tak memberangsangkan, terlembik. Tu pun sbb tangan ni gatal nak tambah sukatan air, nak suruh jelly tu lembik2 skit, tp terlebih lembik la pulak. Bila makan ok jer, tp rupa tak cun, so tak leh ajak posing kat blog ler hehe.. So hari ni godek lg, buat betul2 ikut sukatan air kat situ.. Tp satu jer, sbb K.Nor guna jelly berperisa berry, so warna dan rasa dia mmg lari skit la.. tp tetap mabeles.. Kalau nak guna jelly tanpa perisa kena la tambah lebih skit sukatan buah naga.. kenapa ek, suka guna nama buah naga dr dragon fruit? Lantak jer la kan, bendanya samo jah...


Dragon Fruit Jelly

1 kotak jelly perisa raspberry/strawberi pun boleh (asal warna merah)
50gm isi dragon fruit
air secukupnya ( lebih kurang 325ml )

Blend dragon fruit dgn air hingga hancur.
Sukatan air tu bila dah digabungkan dgn dragon fruit mesti la mencukupi sebanyak 400ml.
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah hingga mendidih.
Tuangkan kedalam bekas dan biarkan sejuk dahulu baru dimasukkan kedalam peti ais
Hidangkan sejuk2..

*warning: jelly ni teksture dia lembik2 gitu ya.. kena scoop direct dr dalam bekas tu
kalau kurangkan lg sukatan air utk lebih pejalkan lg jelly ni, kang terrrrrrrrrmanis lak..
tp sememangnya jelly bukan cam puding/agar kan..


No comments:

Post a Comment