f Secubit Garam: Udang Blackpepper

Friday, May 8, 2009

Udang Blackpepper

Salam buat semua di penghulu hari, hari Jumaat yg mulia...

Menu utk hari ni bertemakan seafood. Nak perhabiskan stock udang dalam frezer, jd K.Nor cari la resipi2 berkaitan dgn udang kat Myr. Kebanyakkannya menggunakan sos cili, sos tomato, sos tiram yg menjadikan rasa lauk udang tu sepesen jer.. iaitu sweet sour atau 3 rasa. Jadi, K.Nor create la resipi udang dgn menggunakan blackpepper sbb rasanya tak terjumpa lg org masak udang dgn sos blackpepper. Tp kalau dah ada yg buat tu sori la, mungkin K.Nor tak jumpa masa g skodeng rumah2 org lain.. Resipi ni mudah jer, cuma perlu mengukus brokoli dan menggoreng udang2 tu.. Alhamdulillah rasanya sedap dan enak sekali, sbb cik abg dan anak dara siap puji lg td tu.. (kalau bukan dia org yg nak puji, sapo lg nak buat gitu kan.. hehe)

Udang Blackpepper

350gm udang ~ saiz sederhana
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional


Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat.
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

* kalau sesiapa maless nak kukus brokoli boleh aje masukkan brokoli bersama2 udang dlm kuali.
**K.Nor tambah 1/4 sudu teh lada hitam yg ditumbuk utk membangkitkan rasa lada hitam
sbb bila guna guna sos blackpepper dlm botol ni rasa lada hitam tu tak membangkit sgt kan..