f Secubit Garam: pancake/lempeng
Showing posts with label pancake/lempeng. Show all posts
Showing posts with label pancake/lempeng. Show all posts

Monday, December 24, 2012

FLUFFY PANCAKE WITH CHOCOLATE SAUCE

ASSALAMUALAIKUM...

Seperti yg dibagitau pada entri YUMMILICIOUS BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING WITH CHOCOLATE SAUCE (fuhhhh.. panjangnyer ..) sebelum ni.. Ni dia pancake yg digandingkan dgn lebihan CHOCOLATE SAUCE tu.. Rasa pancake yg fluffy bertemu dgn chocolate sauce yg enak.. ermmmmmmm..... tak yah citer la ya.. faham2 sendiri aje la.. hehehe


Tuan rumah tak leh berbicara panjang... kesihatan tak mengizinkan.. Jom tengok resipi....


FLUFFY  PANCAKE WITH CHOCOLATE SAUCE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dari resipi FLUFFY PANCAKE

Bahan:
1 1/2 cawan susu fresh
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan esen vanila. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn CHOCOLATE SAUCE.





CHOCOLATE SAUCE
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
150 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
100 ml whipping cream ~ k.nor guna VIVO
25 ml air
1 sudu besar gula castor
1 sudu besar mentega
secubit garam  ^__^

Cara:
Panaskan whipping cream dan air dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 pada tepi periuk.
Masukkan gula dan garam, kacau hingga keduanya larut.
Perlahankan api dan masukkan coklat masakan dan mentega.
Kacau sekejap dan padamkan api.
Teruskan mengacau sehingga kesemuanya sebati.
Biarkan sejuk sedikit baru lah dihidangkan.

* chocolate sauce ni akan kelihatan cair masa mula2 masak sbb masih panas..

Thursday, November 8, 2012

LEMPENG PISANG SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..


Yer... mmg sedap lempeng ni. Bukan lempeng sebarang lempeng, dah la sedap, berkhasiat pulak tu. Cuba tengok bahan2 yg digunakan, selain dari pisang yg menjadi bahan utamanya, K.Nor juga letak kismis yg dicampur dgn bahan2 lain kemudian ditabur dgn kepingan badam @almond flakes.. perghhh. masa masak tu kan.. wangi dgn bau pisang dan juga badam tu.. Mmg best! 


Lempeng ni bukan aje ada rasa manis2 pisang dan kismis (K.nor tak letak gula sbb dah ada rasa manis dr pisang dan juga kismis, jadi sebaiknya guna pisang yg masak ranum) tp ada rasa lemak2 badam yg crunchy bila di ngap tu.. tak yah bayangkan lah.. kalau ada pisang, dan almond flakes, sila lah godek lempeng ni utk breakfast di hujung minggu ya... hehe


LEMPENG PISANG SEDAP

Bahan2:
1 1/2 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan susu segar/full cream
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar kismis
secubit garam
kepingan badam (almond flakes) secukupnya

Cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali kepingan badam.
Gaul hingga sebati, rehatkan seketika lebih kurang 10 - 15 min.
Panaskan kuali leper non stick dgn api yg sederhana.
Tuangkan sesenduk kecik adunan dan ratakan dlm keadaan membulat.
Taburkan kepingan badam ke atasnya.
Bila bahagian bawah dah masak keperangan, terbalikkan lempeng tadi.
Dan biarkan ianya masak sepenuhnya (tp jgn sampai kepingan badam hangus)
Angkat dan teruskan memasak adunan hingga habis.

* tiada penggunaan gula dlm bahan2 yg digunakan sbb dah ada rasa manis dari pisang yg digunakan. oleh itu seeloknya guna pisang yg masak ranum ya..

Saturday, October 6, 2012

FLUFFY CAPPUCCINO PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM....

Quick update ya.. Banyak kerja yg perlu disettle hari ni. Dah dua hari tak bersiaran, hari ni kena merajinkan diri dan meluangkan masa sekejap utk menghapdet. Dan jangan marah ya, sbb pancake ni sebenarnya dibuat minggu lepas. Lupa nak update jd K.Nor pilih pancake ni utk dijadikan entri arini. 

Makan dgn susu pekat manis.. emmmm best!!

Sebab nak cepat, gambar pun sempat edit sekeping jer. Resipi pulak copy paste dr resipi yg lepas2. Apapun disyorkan sgt utk mencuba resipi pancake yg paling sedap yg pernah K.Nor cuba. Boleh guna resipi resipi yg basic, FLUFFY PANCAKE (resipi dr Allrecipes) kalau tak nak letak paste cappuccino. Dari resipi yg basic ni, kita boleh pelbagaikan menggunakan bahan2 lain utk menghasilkan pelbagai pancake yg yummy.. Taip jer kat kotak search box tu fluffy pancake, insyaallah akan keluar resipi2 yg berkaitan yg pernah K.Nor cuba.. 

FLUFFY CAPPUCCINO PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
1 sudu besar cappuccino paste ~ boleh dibeli di kedai bakeri
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan cappuccino paste. Kacau. 
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)

Sunday, December 4, 2011

FLUFFY CHOCOLATE PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi versi pancake yg dihasilkan menggunakan resipi FLUFFY PANCAKE yg pernah K.Nor post dulu. Bagi yg dah menerai pancake ni spt K.Rose, Zaliedana, Lieza... (ermm sapa lg ek.. lupa la.. maaf ya..) semestinya dah tau dan puas hati dgn kegebuan dan keenakkan pancake ni kan.. Kali ni K.Nor try masukkan bahan tambahan iaitu coklat masakan utk menghasilkan pancake berperisa coklat yg sangat gebus dan sedap.


Maaf la ya K.Nor tak sempat nak translate lg resipi ni ke BM.. insyaallah ada kesempatan masa nanti K.Nor translate.. 

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram


Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional
3 tablespoons cooking chocolate ~ yg ni k.nor tambah

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

* cairkan butter bersama cooking coklat

Sunday, October 30, 2011

FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Aikk.. SecubitGaram bersiaran di hari Ahad? hehee... dah lama kan, SG tak bersiaran di hari Ahad. Tau aje la akhir2 ni bila mood tak berapa nak kebah ni, hari Sabtu dan Ahad tuan rumah payah sket nak menghapdet. Padahal bukan hari minggu utk org negeri Tganu pun kan.. Tapi bila Sabtu dan Ahad jer, blog2 agak suram tu yg jadi terjangkit sama kat K.Nor ni.. Tapi disebabkan nak menunaikan janji yg dibuat semalam kat entri FLUFFY PANCAKE jadi kenalah ghajen kan diri mengarang hari ni.. 


Ni dia resipi pancake yg dah K.Nor beri tambahan bahan lain. Menghasilkan pancake yg sangat sedap dan sangat wangi dgn adanya penggunaan BUTTERSCOTCH. hehe.. tuan rumah dah mabuk dgn butterscotch. Ni sejak Ros tayang Buttermilk Doughnuts dia yg K.Nor dah tukar kepada Butterscotch Doughnuts. Masa buat pancake ni pada kali pertama minggu lepas, tak terfikir pun nak edit apa2. Masa tu dah merasai keenakkan pancake yg gebus gebas tu. Pastu masa buat lagi pancake ni pada hari Jumaat baru2 ni, K.Nor terfikir nak tambah butterscotch ke dalam adunan. Hari tu K.Nor buat 2 adunan sekaligus baru puas hati anak2 makan (termasuk si tukang masak) sbb masa buat kali pertama K.Nor cuma buat 1 adunan jer. Memang wangi semerbak pancake ni. Sambil makan sambil mulut duk ..ermmm... ermmm... enaknya.. wanginya.... best!!

Butterscotch essence

Pada yg tak nak menerai pancake wangi ni bolehlah dapatkan butterscotch kat kedai baking ya.. Dan kalau bagi yg ada vit R yg lebih2 tu boleh la try buat sendiri butterscotch sauce ni.. Ni K.Nor dah carikan 3 resipi utk buat butterscotch yg mudah nak buat. Nanti K.Nor letak resipi beserta linknya kat bawah ya.. Jom tengok resipi FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE yg best ni dulu..

FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dari resipi FLUFFY PANCAKE

Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
2 sudu besar butterscotch essence
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan butterscotch. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)


***********

Resipi butterscotch: (pilih lah yg mana2 berkenan, kalau terlebih rajin, gi cari jer kat kedai baking hehe)
1.
How to Make Butterscotch

INGREDIENTS
4 tablespoons unsalted butter
1 cup of tightly packed dark brown sugar
¾ cup heavy whipping cream (not ultra-pasteurized)
1 tablespoon vanilla extract
1 teaspoon kosher salt

METHOD
Butterscotch takes about a half an hour to make, from start to finish.

1 First, before you begin, make sure you have everything ready to go - the cream and the brown sugar next to the pan, measured and waiting. Making butterscotch is a fast process that cannot wait for hunting around for ingredients.

2 In a heavy bottomed stainless steel 2 quart saucepan, melt butter over low to medium heat. Just before butter is melted, add all dark brown sugar at once and stir with wooden spoon until sugar is uniformly wet.


2.
BUTTERSCOTCH SAUCE

Ingredients:
½ cup unsalted butter
1 cup packed dark brown sugar
1 cup heavy cream
½ teaspoon salt
1 teaspoon vanilla extract

Directions:
1) Melt butter in a medium pot over medium heat; add sugar, cream, and salt and whisk to combine. Bring to a gentle simmer over medium high, whisking constantly; cook 5 minutes, until thickened, whisking. Stir in vanilla and serve.

3.
BUTTERSCOTCH SAUCE

Ingredients:
3/4 cup light brown sugar, packed
1/2 cup light corn syrup
2 tablespoons butter
1/2 cup whipping cream
1 teaspoon vanilla

Preparation:
Combine brown sugar, corn syrup, and margarine in a small saucepan. Bring to a boil over medium heat, stirring constantly. Boil for 1 minute; remove from heat. Stir in cream and vanilla immediately. Cool; store in the refrigerator. Stir before serving over ice cream, puddings, or desserts.
Makes about 1 1/2 cups of butterscotch sauce.
This could be made up and given as gifts in hot sterile half-pint jars, with instructions to keep refrigerated and use within 2 weeks.


Butterscotch sauce ni selain dibuat pancake, boleh juga digunakan utk membuat puding, roti dll.. Insyaallah kalau K.Nor ada masa nanti, nak try buat sauce ni dan nak try jugak membuat dessert2 lain menggunakan butterscotch... ^__^

Saturday, October 29, 2011

FLUFFY PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Dah bersarapan? Mestinya dah kan, dah lewat ni. Nak masuk opis utk masak lunch lak kan. Ada tak yg duk pikir nak buat apa utk kudapan petang ni? Atau boleh juga try utk sarapan esok pagi. Jom try pancake gebus gebas ni. Rasanya ni la pancake yg sangat sedap, gebu dan amat memenuhi selera K.Nor seisi keluarga. Kalau dulu K.Nor stick dgn resipi Pancake Hajar (yg dah K.Nor ubahsuai dan juga hasilkan pelbagai versi pancake spt Pancake Pisang, Jagung, Mayo) kali ni rasanya akan terus gunakan resipi ni pulak. Memang tak rugi sungguh mencuba resipi ni.

Versi twinkle2 little star ke Patrick dlm Spongebob? hehe

Resipi Fluffy Pancake ni hasil K.Nor mengoggle beberapa hari lepas dan kalau ikutkan pancake ni dah jadi baja pun sbb dibuat minggu lepas gak.. hehe.. Jgn marah ek.. lately SG duk keluarkan menu tertunggak jer, tak kisahlah kan, asal ada n3 yg dipost setiap hari, insyaallah.. K.Nor ada edit sket2 bahan2 dlm resipi pancake ni dan skip penggunaan cooking spray. Memang tak pernah guna cooking spray tu lagipun bila guna nonstick pan yg dijual oleh MIMI ni, K.Nor tak pernah sapukan butter atau minyak masa nak membuat pancake, roti jala ataupun roti john.. Memang best guna pan ni, kalau sapa2 nak bolehlah bertanyakan lebih lanjut dgn MIMI dan ada 2 jenis sebenarnya pan ni, ada yg berdinding (tebing) dan ada yg tak berdinding. Tepuk dada tanya selera ya... (Bagi yg berminat sila klik link kat nama MIMI tu atau boleh cuit/PM Mimi kat fbnya http://www.facebook.com/mimiazie72)


Dan insyaallah kalau diizinkanNya, esok K.Nor akan post resipi pancake ni yg diedit (dlm kata lain diderhakakan). Pancake yg dihasilkan bertambah2 sedap bila diberi tambahan bahan lain.. hehe.. Try yg resipi ori ni dulu ya.... Jumpa lagi esok.. ^____^

Original Style ^___^

FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.


Thursday, June 9, 2011

Yogurt Pancake

ASSALAMUALAIKUM..

Percubaan mempelbagaikan versi pancake yg sedia ada. Kali ni K.Nor memasukkan yogurt sebagai satu bahan dlm adunan pancake. Pancake yg dihasilkan tetap lembut, gebus dan sedap. Jom berpancake :)


YOGURT PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu kecil baking powder
2 biji telur A
5 sudu besar butter ~ dicairkan
1 cawan susu fresh
1 bekas yogurt plain (140gm)
2 sudu besar gula castor
secubit garam
1 sudu teh vanila

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan adun hingga sebati.
Boleh menggunakan blender/hand wisk.
Rehatkan adunan selama 5 minit.
Panaskan frying pan dgn api yg sederhana kecil.
Masukkan sesenduk kecil adunan dan biarkan hingga adunan td mengeluarkan lubang2 kecil.
Terbalikkan dan masak hingga pancake masak.
Hidangkan dgn jem, sos coklat atau madu, mengikut selera masing2.

Makan dgn Chocolate Spread pun sangat sedap!

Utk tip memasak pancake bg menghasilkan pancake yg sama saiz sila klik kat SINI....


Saturday, May 7, 2011

Cheesy Pancake

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran awal sket pagi ni, ada urusan yg perlu diselesaikan. Mungkin tak ada show menu lunch kut. Layan menu breakfast ajer dulu buat masa ni ya..


Resipi asal dari Pancake Hajar, pancake yg sentiasa menjadi idaman anak2. K.Nor olah dengan mencampurkan slice cheese. Alhamdulillah.. lebih enak sbb lemak2 cheese tu kan. Mana la tak sedap kalau letak cheese.. Lemak2 pun bersorak gembira ada penambahan member baru dlm badan.. hehe

CHEESY PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

3 sudu besar butter
2 keping slice cheese
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 2/3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam


Cairkan butter dan masukkan cheese. Padamkan api.
Kacau sehingga cheese cair.
Campurkan semua bahan kedalam sebuah mangkuk dan gaul hingga sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.


* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

* frying pan hendaklah dipanaskan dgn api sederhana dan sebolehnya jgn disapu butter/minyak. Ini akan menghasilkan permukaan yg masaknya bertompok2. Kalau bimbang adunan melekat di pan, panaskan pan dan letakkan sedikit minyak/butter kemudian amik kitchen paper dan lap, supaya kesan minyak tidak terlalu banyak.



Tuesday, March 8, 2011

From Pancake To Cake ^___^

ASSALAMUALAIKUM....



Pancake versi baru! Transformasi dr pancake menjadi cake.. Tengok kat blog mana dah lupa (sbb lupa nak bookmark atau save draf masa jumpa tu) tuan blog tu buat pancake biasa digandingkan dgn red velvet cake yg dibuat bentuk pancake. Memang cantik tp katanya tak berapa sedap batter red velvet tu dibuat pancake. Dia lebih suka kalau batter pancake diletakkan pewarna merah bila dimasak hasilnya serupa gak dgn warna merah si red velvet.. ermm ada faham ka? Ayat ku dah berpusing2 nih.. Harap2 faham la ya.. kalau tak faham, angguk jer buat2 faham hihihiii


Adunan pancake ni spt biasa menggunakan resipi Pancake Hajar. Bagi sesiapa yg dah pernah cuba resipi pancake tu mesti tau kelembutan dan gebuan pancake Hajar tu.. Bagi yg belum mencuba, silakan... Insyaallah sedap dan tak rugi mencubanya..

Love in the heart :) 


Saturday, March 5, 2011

Pancake Jagung

ASSALAMUALAIKUM...

Dah nak masuk tengahari baru boleh post n3 sarapan. Maaf la ya, tuan rumah baru jer balik. Buat pancake ni awal2 pagi td lagi. Sebelum pukul 8pg dah siap dah, anak dara siap sarapan sebelum ke sekolah. Sekarang ni (dah sebulan lebih) tiap2 Sabtu si anak dara kena ke sekolah sbb ada kelas tambahan. Tahun ni dia amik PMR, sekolah pulak tiap2 minggu buat kelas tambahan. ermmm... mmg tak leh rest langsung ler hujung minggu. Bukan jer anak dara yg sibuk si emak pun kena sibukkan diri gak siapkan sarapan awal2. Kalau hari Jumaat lagi la.. Dia ada kelas tuisyen yg start pukul 8pg gak. Ingatkan hujung minggu boleh ler lepak2, rilek2 sket dr tugasan kat opis.. Nak buat camna.. kan.. 

Lepas siapkan pancake ni, K.Nor keluar dgn cik abg. K.Nor gi overhaul body.. hihihi..  Dah lama tak overhaul body ni. Bukan saja2 nak gi overhaul tp dek sakit akibat terjatuh kat dapur 2 hari lepas terpaksa la gi overhaul. Masa jatuh tu tak ler sakit sgt keesokkan hari tu (Jumaat) baru la rasa sakit situ sini, nak2 bahagian pinggang dan punggung akibat jatuh terduduk tu. Jatuh gara2 terpijak bekas plastik tau.. Sebelah kaki pulak siap berlipat masa terduduk tu.. Mangkuk kaca dan gelas serta sudu siap bertaburan atas lantai.. hihihi.. Memang malang sungguh nasib ku minggu ni.. Alhamdulillah... ujian semua tu..


Ok laa.. dah merapu jauh ni.. Jom balik ke pangkal jalan ^____^   Untuk sarapan pagi ni K.Nor buat pancake dgn resipi Pancake Hajar yg selalu duk guna tu. Cuma K.Nor taburkan hirisan jagung rebus. Kebetulan ptg semalam rebus jagung, ada balance sebiji yg tak abis makan. Dari membazir gitu, K.Nor hiriskan isi jagung tu dan tabur kat pancake. Sedap! Ada rasa ala2 Apam Balik.. hehe 

PANCAKE by Hajar
sumber: K.Nor@SecubitGaram

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (optional)
isi jagung secukupnya

Campurkan kesemua bahan kecuali isi jagung dan gaul hingga sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk.
Biarkan selama 10 minit.
Masukkan sesenduk adunan ke dalam pan dan taburkan isi jagung ke atasnya.
Bila timbul buih2 dipermukaan adunan pancake tu boleh lah di balikkan pancake dan biarkan hingga pancake masak.
Angkat dan hidangkan dgn madu/sos coklat/jem.

* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.
** isi jagung boleh digantikan dgn sweet corn yg dalam tin
*** boleh juga kalau nak masukkan sekali isi jagung ke dalam adunan pancake sebelum dimasak. Tapi K.Nor prefer tabur masa memasak sbb nanti permukaan pancake lebih serata masak dan lebih cantik :)



Tuesday, January 4, 2011

Buttermilk Pancake

Kali ni mencuba Buttermilk Pancake, resipi dr Jepun. Lembut dan gebus pancake ni. Mintak izin ya Ina, nak letak kat sini resipi tu. Mekasih..


BUTTERMILK PANCAKE
resipi: HanaMemories

Bahan-bahan
150g tepung hot pancake - jika tiada ganti dgn tpg SRF atau tpg kek + 1sk baking powder dan soda dan secubit garam
100ml buttermilk
1 biji telur size M
1 sudu makan gula
1 sudu makan butter cair - optional

Cara-cara
Jika menggunakan tepung hot pancake, bancuh semua sebati menggunakan whisk@spatula dan masak seperti biasa.
Jika menggunakan tepung SRF@tpg kek, blend semua sebati dan biarkan sebentar 10-15min baru masak atas kuali seperti biasa.

Buttermilk Homemade:
sumber: Izah

1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka
@
1 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon jus

Saturday, January 1, 2011

N3 pertama 2011



Alhamdulillah.. masih dipanjangkan umur utk berjumpa dgn tahun baru tahun 2011. 2010 dah melabuhkan tirainya semalam. N3 penutup bg SecubitGaram utk tahun 2010 adalah n3 Akhirnya... 1000.. Suatu yg amat manis utk dikenang, bila diakhiri dgn n3 sebegitu. Tak sangka jugak, tak sampai 2 tahun usia SecubitGaram dh dapat mencapai angka 1000 followers Tak nak la bandingkan dgn blog2 lain yg jauh lebih hebat, yg dlm sekelip mata dpt followers ribu riban cam Blog Ben tuh.. hehe SecubitGaram ni pun bukannya happening cam blog Ben, sekadar tayang gambar2 masakan harian yg biasa2 dan gambar2 sekitar kehidupan seharian K.Nor sekeluarga. Apa yg dicapai oleh SecubitGaram ni pun dah jauh dr apa yg K.Nor jangkakan. Yer la, niat menjadi blogger pada awalnya tu hanya sekadar nak kongsi ilmu yg tuhan beri pinjam. Tak ada niat nak cari glamer, cari untung dr iklan atau apa saja maupun cari musuh. Semua dibuat dgn seikhlas hati utk sama2 kongsi ilmu, rasa suka dan duka dlm kehidupan seharian. Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun SecubitGaram ni, dpt kenali ramai kenalan alam maya ni. Harap2 bukan setakat berkenalan, bersembang dan bergurau senda di alam maya, bahkan dpt berjumpa dan bersua muka suatu hari nanti.. insyaallah..


Berbalik pd n3 pertama 2011 ni, K.Nor nak ulangtayang Lempeng Pisang Oat. Biar kita mulakan dgn sesuatu yg sihat. Memang bagus makan Lempeng Pisang Oat ni, kaya dgn oat yg sangat bagus utk kurangkan kolestrol dalam darah. Ni salah satu cara utk makan oat selain dibuat bubur atau diletakkan dlm minuman. Insyaallah setiap pagi K.Nor amalkan makan bubur oat. Kalau ada buah2an, K.Nor potong kecik buah2antu dan letak atas bubur oat. Sedap! Malam2 lak, K.Nor bancuh Anlean coklat segelas (tanpa gula atau krimer) dan masukkan 3 sudu besar oat dalam tu. Juga amat sedap! Silalah ya, amalkan makan oats, utk kebaikan kita semua gak ni tau. Jgn duk asyik plus kolestrol jer, kena la minuskan dia gak :)

Kalau nak resipi Lempeng Pisang Oats ni boleh tengok kat sini ya.. Thanks Ummi..

Wednesday, December 8, 2010

Pancake, Air Tangan Siapa? :)

Salam semua... Dah sarapan? Kalau dah, alhamdulillah, syukur dgn nikmat yg Allah limpahkan. Kalau belum, meh kita join sarapan sama2. Hari ni tuan rumah@tukang masak tak masuk dapur utk sediakan sarapan. Tuan rumah duk lepak2 jer sembang dgn K.Liza td.. hehe Lama tak sembang dgn chef tersohor ni. Bz mengalahkan bee tu duk wat road tour masak2. Suara pun dah mengalahkan ratu rock dah.. Sian K.Liza, semoga segera sembuh ya.. Nak kena buat dua lg demo masak2 Jumaat dan Sabtu ni. Kalau tak silap, Jumaat kat Mesra Mall, Kerteh dan Sabtu kat Mega Mall, Kuantan. Sapa2 yg berdekatan tu jgn lupa ramai2 hadirkan diri tengok K.Liza masak2 disamping memberi sokongan pd org kita ya.. Lepas siap masak2 tu insyaallah dpt rasa masakan air tangan K.Liza tu.. 


erkkk.. konar2.. jgn tak konar.. melencung sat td. Pancake ni sebenarnya cik abg K.Nor yg masak. Dari A - Z.. K.Nor cuma bg bahan2 jer kat dia dan beritau sukatan. Dia yg sukat, bancuh dan seterusnya masak hingga habis 2 adunan! Masa mula2 nak buat pancake tu K.Nor tak terfikir pun nak suruh dia. Masa tu dia duk lepak2 main tenet. K.Nor cuma tanya jer, "Nak belajar masak tak arini?" Dia terus jer jawab, "Nak!" K.Nor cakap la , meh belajar wat pancake. Dia pun terus ler masuk dapur. Dia kata biar dia buat semua. Mula2 masak tu, banyak yg ireng2 dan ada yg 'tercedera' hehe.. Tapi lama2 lepas dah diberi tunjukajar.. makin lama makin cun. Dia pun makin seronok nampaknya tu dan siap cakap lepas ni nak belajar lg masak2 menu yg lain lak. haha.. Org yg mmg tak reti masak dan tak pernah masak bila dpt buat sesuatu dgn jayanya ni mmg seronok kan. Kita pun seronok dpt ajar dan makan hasil tangan org yg kita ajar tambah2 lagi dr hasil tangan suami sendiri. Anak2 pun seronok gak tu dpt makan apa yg ayah dia org masak dan siap duk puji lagi, pandai ayah masak sbb pancake ni sedap! Tu yg si ayah bersemangat jer nak masuk dapur lg lepas ni.. hehe


Jom la layan Pancake Mayo yg dihasilkan sepenuhnya oleh cik abg K.Nor ni. Hari ni banyak kerja, kena masak awal2 sbb Naim nak balik ke asrama tengahari ni. Nak resipi Pancake Mayo sila ke SINI ya..


Saturday, November 27, 2010

Lempeng Pisang Oat

Ada 3 bj pisang termenung atas meja makan. Nak buat apa ya.. Nak buat jemput2 pisang, tak cukup rasanya. Kang banyak tepung tak best, keras! Last2 teringat Ummi Kuantan pernah buat lempeng dgn pisang. Dia campur dgn oat. Pastu teringat pulak Che Mat pun ada buat gak versi derhaka dia.. derhaka baek punya tak per kan.. ehehe ampun Che Mat. Selongkar dapur Che Mat, salin resipi terus masuk dapur. Masa bancuh mmg ikut betul2 resipi, tak derhaka pun. Masa masak tu nampak cam lembik jer, payah nak balikkan. Last2 kena gak derhaka sket, K.Nor tambah 2 sudu besar tepung. Pastu mudah jer nak balikkan dan tak menjejaskan rasa lempeng tu. Sgt2 sedap! Tak terasa langsung oat kat dlm tu. K.Nor tak masukkan sedikit pun gula sbb pisang yg digunakan adalah pisang yg dah masak ranum. Dah cukup manis rasa lempeng tu dan masa makan pun, makan gitu jer. Memang lepas ni boleh dibuat lagi dan lagi nampaknya. Mudah aje penyediaannya dan hasilnya sangat2 sedap!.. erkk dah berapa kali ulang ayat sangat2 sedap nih! hehe


Makan lempeng ni bagus tau, sbb ada oats dlm tu yg bagus utk mengurangkan paras kolestrol dan juga sebab nanti akan mudah nak 'membuang' hehe.. Tp pada yg ada penyakit kencing manis tu takleh la amalkan sgt sbb pisang tak berapa elok utk pesakit gini. 

Pada Ummi dan Che Mat yg share resipi ni, mekasih ya.. Cam biasa nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak utk mudahkan rujukan di lain waktu. Tq ya..


LEMPENG PISANG OAT
sumber: CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pisang, dilecek halus
200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
1 cawan quaker oats
3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
Garam secukup rasa
Madu, untuk hiasan
Mentega, untuk hiasan
2 sudu besar tepung ~ ni k.nor tambah





CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua

Friday, October 22, 2010

Pancake Mayo

Salam di penghulu hari..


Dah sarapan? Mesti dah kan.. yg belum tu mesti nk brunch jer. Pagi ni K.Nor buat pancake mayo jer utk sarapan. Dengan menggunakan resipi Pancake Hajar yg selalu duk buat tu, K.Nor add in sedikit mayo utk memberi kelainan rasa pd pancake ni. Sedap, dgn rasa lemak2 dan masam2 sket dr mayo tu. Tetap lembut dan gebus pancake yg dihasilkan.



Meh tengok resipi Pancake gebus by Hajar ni..


PANCAKE by Hajar


3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)




Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


**utk jdkan pancaka mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan


Nak makan dgn madu boleh, dgn jem roselle pun boleh..
homemade punya jem tu tau.. :)

updated:
bagi yg nak tau kaedah apa yg K.Nor guna utk masak pancake bg menghasilkan saiz yg sama.. (kembar ye Ayu hehe...) meh nak tunjuk :)

Caranya:
K.Nor guna 2 frying pan.
1. frying pan yg saiznya paling kecik kut yg ada kat pasaran dlm 12cm
2. frying pan yg saiznya lebih besar, tak kira la berapa saiznya tu 20cm atau 22cm asalkan lebih besar dr 12cm
3. bila guna pan yg kecik ni kita boleh hasilkan saiz pancake yg sama besar
4. panaskan pan dgn api yg sederhana jgn terlalu kuat


5. masukkan 1 senduk kecik adunan dan masak hingga keluar buih2/lubang2 kat atas permukaannya
6. terbalikkan atas pan yg satu lg tu (yg juga telah dipanaskan)


7. masak hingga pancake masak, angkat dan hidangkan
8. ulang hingga semua adunan habis dimasak.
9. kaedah guna 2 pan ni juga mempercepatkan tempoh memasak pancake, kan. tak la lama sgt anak2 menunggu utk makan :)


Friday, June 25, 2010

Pancake Anyone? :)



Nah, menu sarapan yg sentiasa menjadi kegemaran K.Nor sekeluarga. Cam biasa menggunakan resipi Pancake by Hajar yg gebus dan lembut. Dan semestinya la sedap!!

Tak nak cakap banyak sbb nak out dah ni. Nak ke Kuala Berang. Hari ni adik K.Nor berpindah masuk ke rumah dia yg baru siap. Sister K.Nor dan anak bongsu dia yg dari Puchong pun ada sekali ni nak gi sana. Insyaallah akan bermalam kat sana malam ni. Ok, jemput la makan ya.. Kalau dah makan2 tu, pandai2 la buat apa yg patut ya.. hehe... daaaaaaaaaa... jumpa lagi ...



PANCAKE by Hajar

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

Wednesday, March 24, 2010

Banana Pancake

Banana Pancake.. ada yg terliur tak? Dengan lelehan choc tu.. walla!! best sgt. Resipi Banana Pancake ni masih lagi menggunakan resipi pancake Hajar yg sedap tu tp K.Nor tambah sebiji pisang masa blend bahan2 tersebut. Kat sini K.Nor letak sukatan bagi satu adunan bg Banana Pancake ni ya.. Kalau nak banyak buat la 2 adunan pastu double jer volume dia..


BANANA PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
hasil olahan dari resipi Pancake by Hajar

3 sudu besar butter ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecil gula castor
1 cawan susu segar
1bj pisang ~ yg dah masak ranum
1 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

** bila dimasukkan pisang dlm adunan pancake utk menghasilkan Banana Pancake, K.Nor kurangkan sedikit sukatan gula. Kerana pisang dah sedia manis kan.. Tapi terpulang la pada citarasa masing2 ok..

Friday, February 12, 2010

Pancake Rolls

Salam buat semua di hari Jumaat nan mulia. Nak ajak breakfast pun dh nak masuk tengahari. Yer la mmg K.Nor buat Pancake Rolls ni utk breakfast tp nk boleh ke publish tu.. huh.. tak sempat post awal2. Al maklum kan.. hari ni hari Jumaat. Memang banyak kerja kalau hari Jumaat nih.

Ok berbalik pd n3 kali ni, pertama kali tengok Pancake Rolls ni kat rumah Ina@Hana. Pastu gi tengok kat rumah Lydia@Skyblue. ermm.. memang jatuh hati nak buat.Kebetulan pg td duk pikir nak buat apa utk bf, terus teringat Pancake Rolls ni. Ok.. jom kita layan mata dgn Pancake Rolls, resipi K.Nor amik kat rumah Lydia. Tq Ina & Lydia..




PANCAKE ROLLS
by Lydia@Skyblue


Ingredients (makes 6):
1 cup All purpose flour
1 tbsp White sugar
1 tsp Baking Powder
½ tsp Baking Soda
4/5 cup Milk
1 Egg, beaten
½ tsp Vanilla Extract
½ tbsp Cooking Oil
Pinch of salt

Fillings (suggestion):
Sliced Cheese
Jam
Kaya
Red bean paste

Methods:
  1. Sift together flour with baking powder and baking soda, set aside.
  2. In a mixing bowl, bring together all other ingredients, mix until well blended.
  3. Stir in sifted flour and mix until just combined.
  4. Heat a non-stick pan on low heat, transfer one-sixth of the batter into the pan. Cook until bottom is golden brown.
  5. Remove from pan. When is cool enough to handle, place a slice of cheese on top or spread jam/kaya and roll it up. Set aside to cool with seal side down, this will help the roll to keep in shape.
  6. Cut into serving size, also to reveal the beautiful pinwheel pattern.

erm... gulungan yg kurang kemas
cuma yg gulungan slice cheese jer yg cun ..

Wednesday, December 2, 2009

Pancake

Nampak gebus tak? Sememangnya gebus sgt2 dan sedap sgt2. Resipi asal pancake ni K.Nor dpt dr fotopages Hajar. Dah lebih dari setahun mungkin dah 2 tahun kut K.Nor duk guna resipi ni (dengan sedikit pengubahsuaian.. sori ya Hajar) Memang sedap, lembut dan gebus sekali.


PANCAKE by Hajar
(yg K.Nor buat ni 2 adunan)

6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.


live from the kitchen :)

Saturday, May 23, 2009

Pancake


Setelah seharian gantung periuk & kuali smlm, pagi ni baru start panaskan balik dapur ku. Kita breakfast dgn pancake aje ya.., hehe.. hijau mata hitam ku.. Jemput la makan semua, dah siap semua tu. Ada peanut butter, jam, sirap hershey, madu, susu pekat manis pun ada.. Opss lupa, eskrim pun ada, tp dlm freezer. Layan diri ya... sila kan...

Ni utk zura dan sapa2 yg rasa nak cuba resipi pancake ni. Resipi asal K.Nor amik kat fotopages Hajar, tp cam biasa lah dah di tokok tambah skit.

PANCAKE

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


## MASZ!!! sebut betul2.. eh dengar betul2.. P A N C A K E .................... heheheheheheh.... tegang urat perut wehhh...