f Secubit Garam: Yogurt Fried Chicken lagi...

N3 Terkini

Monday, March 22, 2010

Yogurt Fried Chicken lagi...


Menu hari ni Yogurt Fried Chicken, resipi ayam goreng yg sedap oleh Love2cook ni.. mmg yummy.. ratah aje pun sedap. Lagi lama perap laaaaaagi sedap. Love mintak izin ya cam biasa na C&P resipi mabeles Love tu kat sini.. TQ ! :)



YOGURT FRIED CHICKEN by Love

Bahan-bahan

* Bahan (A)
* 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
* 1 cwn/250ml plain yogurt
* 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
* 2 inci halia ~ ditumbuk halus
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
* garam secukup rasa
* 2 tangkai daun kari
* Bahan (B)
* 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
* 1 sk baking powder
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
* secubit garam
* -------------------------
* jus lemon (optional)
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).- hana buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

2 comments:

  1. salam akk... di mana ye boleh dptkn cayenne?

    ReplyDelete
  2. cuba cari kat bahagian rempah ratus di giant, tesco, k4 dll

    ReplyDelete