f Secubit Garam: Chocolate Chunk Muffins

N3 Terkini

Thursday, March 4, 2010

Chocolate Chunk Muffins


Resipi Chocolate Chunk Muffins ni K.Nor amik kat rumah JC. Muffin yg lembut dan sedap. Manis dia dah sedang elok, tak perlu diedit (cam biasa la K.Nor mmg selalunya suka kurangkan sukatan gula dlm resipi muffin atau kek sbb kurang suka manis). Wangi semerbak jer bila bakar muffin ni dan bila makan pun wangi dan sedap. Kalau nak dapatkan muffin cam K.Nor buat tu letak 3/4 penuh cup ya.. Dan kat atas tu K.Nor tabur dgn choc chips yg dua kaler tu.

JC, K.Nor mintak izin ya utk C&P resipi tu kat sini.. Mekasih ya..



CHOCOLATE CHUNK MUFFINS
SOURCE: Baking from my home to yours by Dorie greenspan

Bahan2nya:

6 tbsp butter

4 ounce bittersweet chocolate-cincang ( I guna coklat chips biasa jer)-dibahagikan

2 cawan tepung gandum ( I guna 1 cawan tepung gandum , 1 cawan tepung kek)

2/3 cawan gula pasir

1/3 cawan serbuk koko

1 sudu besar baking powder

1/2 sudu teh baking soda

1/2 sudu teh garam

1-1/4 cawan buttermilk ( I guna sour cream)

1 biji telur size besar

1 sudu teh esen vanilla

Dlm periuk kecil masukkan butter & 2 oz coklat cairkan & ketepikan. Dlm mangkuk besar campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur, sour cream atau buttermilk & vanilla kacai rata. Masukkan coklat cair & lebihan coklat chips (coklat chunk tadi) gaul rata. tak perlu risau kalu ada lump2 sikit. masukkan dlm muffin pan ( I guna muffin pan yg size besar ada 12 lubang )

Bakar dlm oven yg suhunya 373'F selama 20-25 min


#Utk makluman, buttermilk boleh digantikan dgn susu cair yg diletakkan jus lemon. Caranya perahkan lemon dlm 1 1/4 sudu besar kedalam bekas sukatan dan tuang susu cair mengikut sukatan yg diperlukan ( 1 1/4 cawan) Tip ni K.Nor dpt kat Common Ingredient Substitutions (allrecipes.com) kat Pautan Terpilih dibawah nun.

Buttermilk1 cup1 cup yogurt OR 1 tablespoon lemon juice or vinegar plus enough milk to make 1 cup


3 comments:

  1. No comment kak...nak ngap je terus! hehehe...Sedap sedap!!! ;)

    ReplyDelete
  2. love >> no need to comment, mmg best!

    siti >> sedap.. try la buat siti

    ReplyDelete