f Secubit Garam: Konnyaku Jelly Pudding

N3 Terkini

Monday, March 1, 2010

Konnyaku Jelly Pudding


Dessert yg mudah disediakan, sedap bila dimakan sejuk2. K.Nor ada buat pembaharuan sket pada resipi ni dgn penambahan susu cair . Nanti balik dr majlis maulidur rasul K.Nor update balik resipi tu kat sini ya.. Sementara tu layan dulu dessert ringkas dan enak ni..



Hehehe.. sori ya adik2.. Ramai ke yg duk nunggu resipi Konnyaku Jelly Puding ni? Mintak ampun, mintak maaf ya.. bukan tak nak tunaikan janji smlm utk masukkan resipi tu bila balik dr Majlis Maulidur Rasul, tp disebabkan majlis tu tamat pkl 11.15mlm dn lepas tu kita org singgah sekejap kat warung utk minum2 menghilangkan dahaga bila dah sampai rumah hampir midnite. Pastu terfikir nk masukkan pagi td tp terlupa la pulak. Jadi K.Nor masukkan la ni ya.. pd yg terasa nk cuba tu silakan ya.. mekasih!

Konnyaku Jelly Pudding

Lapisan Susu:
125gm serbuk konnyaku jelly ( yg dah ada gula dlmnya) ~ K.Nor guna brand Jelea (tanpa perisa)
250ml air
250ml susu cair

Lapisan Jelly ~ brand Jelea tanpa perisa
125gm serbuk konnyaku jelly (juga yg dah ada gula dlmnya)
500ml air
1/2 sudu kecil strawberi paste/emulco
sedikit perwarna merah

buah2an koktail

Lapisan susu
Masak air dan susu hingga mendidih dan masukkan serbuk konnyaku jelly sambil dikacau.
Masak hingga mendidih dan padamkan api.
Tuang kedalam bekas yg disukai.

Lapisan jelly
~ selesai aje masak yg bahagian susu hendaklah terus masak bahagian jelly sbb puding ni cepat mengeras.
Masak air hingga mendidih dan masukkan serbuk jelly.
Kacau hingga larut dan biarkan mendidih.
Padamkan api dan tuangkan atas lapisan susu td.
Biarkan sejuk seketika dan masukkan kedalam peti ais.
Hidangkan dingin/sejuk dn jangan lupa meletakkan buahan koktail masa menghidang.


#jika lapisan susu telah mula mengeras di bahagian atas, kelarkan/cucuk2kan sedikit dgn garfu utk memastikan lapisan jelly melekat ke bahagian susu
# puding ni lebih elok dimakan direct dlm bekas sbb teksture dia lembik dan tak leh shape sgt kalau kita keluarkan dr bekas dan hidangkan dlm piring.

5 comments:

  1. sedapnya klu dpt satu cawan jelly akak tu. dh la tgh pns sekrg ni!!!

    ReplyDelete
  2. cantiknya kombinasi warna tuuuu

    ReplyDelete
  3. salam kak nor...ima nak tunggu resepi ni...huhuhu,terliur sungguh ni...

    ReplyDelete
  4. huhuh...sedapnya k.nor....pos la mai utara sket aihh...terliur i taww

    ReplyDelete
  5. ain >> akak bg 2 nak? :)

    fuzidss >> yer ke.. biasa2 jer tu

    ima >> ima >> w'salam ima, hehe dh letak pun tu..slmt mencuba ya

    mekna >> kang basi dulu baru sampai ke mekna.. kena buat sendiri la ya... :)

    ReplyDelete