f Secubit Garam: Ayam Bakar Nasi Mandhi

N3 Terkini

Sunday, March 7, 2010

Ayam Bakar Nasi Mandhi

Ni resipi ayam bakar yg dimakan bersama Nasi Mandhi. Resipi diambil dr rumah Puan Raidah. Sedap tau rasa ayam ni,wangi jer dgn rasa masam2 dan aroma buah lemon.. fuhhhh.. best!!

Mintak izin ya nak kopipes resipi tu kat sini.. Mekasih..


AYAM BAKAR NASI MANDHI by Puan Raidah
Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning ~ yg ni k.nor lupa nk letak
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.



2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.


3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.



** Pada step no.3 ni, sebelum masukkan ayam tu balik ke dalam oven, siram2kan air/jus yg keluar dr ayam, bawang dan lemon tu ke atas ayam. Dengan cara ni, ayam bakar yg dihasilkan akan bertambah sedap lagi..

2 comments:

  1. sedap kan ayam ni, saya selalu buat klu pun tk buat ns mandhi, buat utk mkn ngan ns ayam.

    ReplyDelete
  2. ain >> ermm betul gak tu..makan dgn nasi ayam pun best kan

    ReplyDelete