
Dessert ringkas utk berbuka puasa hari ni. Dulu dah pernah buat iaitu Peach Flan tp kali ni tukar versi baru dgn menambah perisa strawberri dan pewarna merah kat flan dan jelly pula menggunakan perisa oren. Terhasil la Strawberry Flan with Orange Jelly.. fuhhh.. panjangnya nama..
Strawberry Flan with Orange Jelly
1 paket flan ~ boleh dibeli kat kedai bakeri
1 liter susu fresh
1 sudu kecil strawberry paste
sedikit pewarna merah
buahan koktail
~~~
1 kotak jelly NONA
400ml air
Panaskan susu hingga mendidih dan masukkan vanila flan.
Kacau2 dan padamkan api.
Biarkan seketika dan masukkan ke dalam bekas yg disukai.
Biarkan bahagian atas mengeras sedikit, baru la disusun buahan koktel kat atasnya. Dlm periuk yg lain, masukkan serbuk jelly dan 400ml air. Panaskan hingga mendidih. Padamkan api dan tuang perlahan2 keatas flan td.
Biarkan hingga sejuk baru la dimasukkan ke dalam peti ais.
Hidangkan sejuk2.
teringin pulak nak buat flan ni...tp biler p kedai bakeri selalu lupe nak beli....
ReplyDeleteNor guna 1 paket flan tu berapa gm pnyer?? Ummi ada stok ni..bila la nk buat..elok la musim panas ni sediakan dessert je le banyak2..hehe
ReplyDeletefiza >> buat ya kalau dah beli flan tu
ReplyDeleteummi >> satu paket tu 120gm. mmg dia siap pack gitu, memudahkan sbb cuma perlu masak 1 liter susu fresh jer. dah buat tu hantar sini se mangkuk ya :)