f Secubit Garam: Roti Kismis Gebu

N3 Terkini

Tuesday, March 23, 2010

Roti Kismis Gebu


Mood meroti udah kembali.. Berkenan tengok Roti Kismis Gebu kat rumah Che Mat, so terus jer godek roti ni smlm. Harap2 lepas ni mood meroti tak hilang lagi..

Resipi asalnya dr blogger kat tanah seberang kalau tak silap. Che Mat, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini pulak ya... Mekasih




ROTI KISMIS GEBU

sumber : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)50 g kismis
1 biji telur
*
1/2 camca teh esen vanilla
*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...

5 comments:

  1. Salam kaknor,
    suke plak kite tgk roti akak wat
    boh lam papercup tu..
    mood meroti blom dtg lg ni..
    nnt bile2 nk try mcm kak nor ni..

    ReplyDelete
  2. menggodanya roti gebu k.nor ni..cicah ngan neslo panas sodapnya :)

    ReplyDelete
  3. mummyseri >> w'salam seri.. mmg senang bila letak dlm cup.. boleh tarik perhatian anak2 nk makan kan..

    liyana >> k.nor suka cicah dgn kopi o panas :)

    ReplyDelete
  4. Salam Nor...cantik & cute jer roti tu....tepung roti kat umah ni lak dah habis....bila ada tepung...mood nya hilang!!!...nanti2 boleh try jugak ni!!!

    ReplyDelete
  5. watie >> kalau guna tepung roti baru cantik hasil roti nanti kan

    ReplyDelete