f Secubit Garam: Ayam Goreng Taucu

N3 Terkini

Sunday, March 7, 2010

Ayam Goreng Taucu

N3 tergesa2 utk hari ni sebelum gi masuk opis. Sebenarnya ni menu semalam. Tapi disebabkan smlm banyak aktivi luar rumah di sebelah petang (majlis membaca Yasin, membaca rawi dan maulidur rasul) termasuk g cara barang utk anakanda yg jauh bila balik rumah dah penat. Bila malam mula la terasa malessssssssssss nk update. Awal pagi td pulak lepas g hantar Luqman ke sekolah, K.Nor ke satu tempat utk 'service body' disebabkan dah terasa 'berat' jer body lately. Yer la bukan keter jer nk kena service kan. Duk kerja ketung ketang tiap2 hari... kena la service gak body org pempuan ni.. hehe.. Lepas balik tu pulak, layan mata yg mengantuk dan body yg dah diservice... zzzzzzzzzz.... Tak lama, kejap jer. Lepas tu segar bugar la... Ehhh.. panjang lak citer ya.. hehe

Ok layan menu ayam dr Dayang Jack ni. Sedap!! Wangi jer bila digoreng. Pada sesiapa yg ada stok taucu dlm esbok tu, sila la buat. Tapi kalau taucu tu jenis yg biji2, tumbuk lumat dulu ya. Apa pun kredit buat Dayang yg sentiasa menghasilkan resipi2 yg sedap2 belaka. Mintak izin ya Dayang, K.Nor nak share lak resipi tu kat sini. TQ


AYAM GORENG TAUCU by Dayang Jack

Bahan-bahan :
  • 8 ketul ayam
  • 2 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sk serbuk paprika - optional
  • 2-3 sudu besar gula ~ k.nor letak 1 sd besar jer
  • 50 ml air asam jawa / jus limau kasturi
Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak.


***ayam ini boleh juga dibakar jika suka.

4 comments:

  1. salam kak Nor...

    thank you so much for trying!...caayang die!!...terharu sgt2 sb kak Nor x jemu2 mencube resepi dyg. Thanks again, kak.

    ReplyDelete
  2. salam kak nor...bestnya dapat pi service badan ek. saya nak pi, tak ter pi sbb tak de sapa nak jaga si kecik tu!!

    sedap la ayam taucu kak nor!!

    ReplyDelete
  3. salam k.nor..

    Perggggghhhh g overhaul body K.Nor..patut ler slim melim kakak ku ini(uish sejak biler laa jd adik k.nor ni yer)tak malu betoi ler saya ni kan kan...

    ReplyDelete
  4. dayang >> w'salam dayang.. cayang dayang jugak.. k.nor akan sentiasa mencuba resipi2 dayang, mana2 yg berkenan di mata dan anak tekak.. insyaallah..resipi2 org lain gitu gak.. apa salahnya kita cuba kan.. ilmu tuhan ni luas..

    ain >> mmg payah la kalau tak ada org nak tinggal anak ni kan.. sbb service body ni makan masa gak kan..

    lieza >> w'salam lieza.. alaa kat bidan kampung jer, bukan kat sauna pong.. hehe mana ada slimnya lieza dah makin berisi nih.. :) don't worry, lieza dn lain2 dh k.nor anggap cam adik2 sendiri gak.. saaaaaaaayang semua :)

    ReplyDelete