f Secubit Garam: Mari men'tako'

N3 Terkini

Wednesday, March 17, 2010

Mari men'tako'

Meh layan takoyaki.. Sebelum Jiya si Pengembala Kamben dan Chik Mi tayang takoyaki dia, biar K.Nor tayang dulu ya..

Resipi takoyaki K.Nor amik kat blog Hana si Mama 3D nun di Jepun. Tapi tak K.Nor tak gunakan kesemua sukatan air sbb nampak cam lembik jer. Jadi K.Nor kurangkan sket. Memang best sesekali layan takoyaki nih..

Ina, K.Nor tempek resipi takoyaki tu kat sini ya.. senang sket, tak yah ulang alik g Jepun tiap kali nk buat takoyaki ni.. Macehhh ya..


TAKOYAKI by Hana

Bahan-bahan
*250g tepung takoyaki - bleh ddapati d jusco section japanese food
*2 biji telur
*700ml air - hana kurangkan 580ml jer! (k.nor letak 500 jer )
Bahan Isi
tako@sotong - bleh juga crab stick - potong kecil2
kubis - cincang halus
keropok - mcm dlm gambar.kat mesia tak tau ade ke tak
Bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram
fish flakes @ ikan parut
nori halus

Cara-cara
> Campurkan semua bahan2 *. kacau supaya tdk berketul2.
> panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. kalau xde bleh gune acuan kuih cara.
> tuang adunan tepung ke dalam acuan.
> cepat2 masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
> tuang lagi adunan tepung menutupi semua kuih takoyaki tuh.
> balik2kan menggunakan chopstick/lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
> dah masak angkat.
> tuang sos okonomiyaki dan juga mayonis. taburkan nori dan juga fish flakes.
> siap utk dmakan! sedap makan panas2!

6 comments:

  1. Salam Nor...
    Lupa nk tanyer, mana nak cari acuan takoyaki yer?Ada jual kat m'sia ke? (nmpak sgt k sue rajin pergi dpartmental store or rajin masak..) hehe, sebaliknya la tu..

    ReplyDelete
  2. k.sue >> nor tak pasti ada ke tidak acu tu kat m'sia.. yg nor ada ni diterbangkan dr obersi..

    ReplyDelete
  3. KakNor, mintak takoyaki cikit!!! Nak brekpas! ;)

    ReplyDelete
  4. wah kak nor cantik gebu je takoyaki tu nanti fida pon nak buat gak kena cari bahan2 dulu hehhe acuan dah ada hehhehe

    ReplyDelete
  5. love >> boleh aje.. silakan

    fida >> buat fida.. sedap.. acu dah ada kan.. :)

    ReplyDelete
  6. kak nor, nak wat iklan kejap. boleh dah nak beli acuan takoyaki ni. groupon tgh wat offer. link kat sini yer. http://www.groupon.my/deals/national-deal/Solely-Online/716491864 sy pun terliur tgk k.nor tayang kuih tako ni... masalahnya kat klate xdok jusco. nnti gi KL/Johor kena cari.

    ReplyDelete