f Secubit Garam: Sambal Sotong Kicap

N3 Terkini

Friday, March 12, 2010

Sambal Sotong Kicap


Cukup menyelerakan bila makan dgn nasi panas2, Sambal Sotong Kicap resipi Dayang Jack. Ni la menu K.Nor di hari Jumaat ni disamping Singgang Ikan Aya dan ulam timun kampung dan tembikai. Manakala utk Luqman yg tak suka sotong ni, K.Nor goreng jer ayam utk dia.. Dlm kuah singgang tu pulak, tenyeh cili api.. ermmm... enak sih..

Dayang, izinkan K.Nor paste resipi tu kat sini lak ya.. TQ


Sambal Sotong Kicap by Dayang Jack

Bahan-bahan :
  • 7-8 ekor sotong basah (digaulkan bersama serbuk kunyit, tepung jagung dan garam)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • sedikit hirisan cili merah dan daun sup
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 kiub pati ikan bilis
Bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulasbawang putih
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan sotong selama 30-40 saat. Tuskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau.
  3. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing atau pecah minyak.
  4. Masukkan pati ikan bilis, sos tiram dan kicap manis. Kacau lagi.
  5. Masukkan sotong, cili merah dan bawang besar. Perasakan dgn sedikit garam dan gula jika perlu.
  6. Akhir sekali masukkan air asam jawa.
  7. Setelah masak, hiaskan dgn daun sup dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment