f Secubit Garam: Nasi Mandhi/Mandy

N3 Terkini

Sunday, March 7, 2010

Nasi Mandhi/Mandy

At last!!! Terlaksana gak hajat nak masak menu nih!!


Dah lama teringin nk buat Mandhi ni. Mula2 tengok kat rumah Ummi Kuantan, pastu merebak kat rumah2 blogger lain. Pernah sekali tu dpt merasa nasi mandhi ni masa K.Nor ke KL bersama keluarga. Tapi bukannya K.Nor yg gi makan kat restoren tu. Masa tu K.Nor dgn anak2 duk kat bilik hotel jer, yg gi makan kat Restoren Rawsha tu cik abg dan geng2 foto dia. Masa tu dah lewat malam anak2 pun tak nak keluar dah. Cik Abg bawak balik dr TT@gader2 tu,sebekas polisterin nasi mandhi dgn lauk ayam dan kebab daging kalau tak silap. Fuhhhh syedaaaaaap. Tapi rasanya nasi dia tak la berkaler2, just plain@ori kaler. Jadi K.Nor rasa tak nak gak la buat kaler2 ni. Dan kepada tuan resipi asal, maaflah ya kalau K.Nor skip letak kaler2 tu. Saja2 jer tak nak main kaler2 ni.. Lagi pun pernah sekali tu makan nasi ni kat Taman Tamadun Islam masa majlis berbuka puasa tahun lepas, nasi dia pun tak kaler2 gak. Mungkin di sebelah negara Arab nasi mandhi ni mmg kaler2, tu yg Raidah buat kaler2 kut. Maaf ya Raidah, K.Nor skip letak pewarna kat nasi tu. Apa pun kredit sebanyak2nya buat Raidah kerana sudi berkongsi resipi Nasi Mandhi dan Ayam Bakar Mandi yg sedaaaaaaaaaap sangat. Cik Abg siap puji tadi, katanya lebih sedap dari yg kat restoren. Iyer ke? Mau rabak kain ku bang.. hihi



Buat Ummi, tq sebagai pencetus idea nk memasak Nasi Mandhi ni dan buat puan resipi Puan Raidah, mintak izin ya nak kopipes resipi tu kat sini, untuk dikongsi2kan bersama org lain lak ya.. mekasih..


NASI MANDHI by Puan Raidah

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.

4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


#K.Nor skip step 3 tu.. mana la ada arang kat rumah ni.. :)



Sos:

1 biji tomato ~ hiris

5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.



Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Tak yah ajak makan la.. udah pinish!! Kalau nk kena buat sendiri ya......... :)

8 comments:

  1. salam kak nor...saya dh buat gak ns mandhi ni, cuma tak masuk n3 je. mmg sedap kan. nak buat senang je.

    ReplyDelete
  2. nnor..teringin akak nak buat..tapi macam susah pulak...tapi akan dicuba juga sehingga berjaya..anak2 akak ni, memang suka makan nasi selain dari nasi putih ni..

    ReplyDelete
  3. ain >> w'salam ain.. oo dah buat ya.. mmg senang jer kan..

    erna >> buat la kak, mudah jer nasi dia tu, cam buat nasi minyak jer. dah la sedap pulak tu. ayam tu tak susah pun, gaul2, atur bawang dan lemon, letak ayam pastu tutup dgn foil dan bakar. ikut jer step seterusnya.. insyaallah menjadi.. sedaaaap sgt.. insyaallah anak2 akan suka nnti

    ReplyDelete
  4. salam..nasi mandy ni klu tnya tkg masok kedai org yaman kt sini mmg susah dia nk bg resipi..dlm byk2 kedai yg ada, skali je hok buleh amik resipi, tu pun puas pujuk mcm2 kehel dh..pahtu plk dia bg resipi nasi je, resipi ayam x bg pah sudoh..
    nnt klu berkesempatan nk ltk jgk resipi tu kt rumahambe..blh kongsi apa yg ada utk peminat2 mandy di tanahair..

    ReplyDelete
  5. ahmad fadli >> w'salam.. sukacita dan besar harapan saya kalau fadli dpt share resipi2 yg sedap2 ni. boleh la kita berkongsi ilmu, insyaallah lagi berkat ilmu tu nanti. dan kalau dah letak resipi kat blog tu jgn lupa inform saya ya.. teringin gak nak try .. t.kasih ya..

    ReplyDelete
  6. kak nor, arang tuh is arang biaser tuh ker.. kena bakar dulu eks.. bg berbara ke? sorry confuse skit

    ReplyDelete
  7. salam,kalau kak nor, datang ke melaka, singah la, di restoran arab (Dima), bdepan MMU Melaka,hidangan dari bawah tanah, yang (ori) punyer, zaki

    ReplyDelete
  8. rimbun >> maaf rimbun.. tak perasan pertanyaan dr rimbun ni.. yep guna arang biasa tu dan memang kena bakar dulu kalau tak mana nak datang aroma dia kan.. tp kalau nak skip boleh aje sbb k.nor tak pernah buat nasi ni dan bakar arang tu pun

    zaki >> w'salam.. insyaallah.. mmg teringin gak nak jalan2 cari makan ke melaka tp tak diizinkan lagi.. insyaallah satu hari kalau berkesempatan k.nor cuba utk ke restoran tu ya.. mekasih atas info yg diberikan.. teringin gak nak makan yg ori cam zaki cakap ni..

    ermm.. apa maksud hidangan bawah tanah tu ya.. :)

    ReplyDelete