f Secubit Garam: Mihun Rebus Ala Kampung

N3 Terkini

Thursday, March 18, 2010

Mihun Rebus Ala Kampung

Mihun Rebus Ala Kampung atau lebih dikenali dgn nama Mihun Chalong kalau kat Ganu ni. Dengan menggunakan ikan fresh utk menghasilkan fishball @chalong, pastu kita masak fishball tu direct dlm kuah yg sedang mendidih. Ini menghasilkan kuah yg sedap dan manis air ikan lagi2 la kalau kita guna ikan selayang. Tapi kalau kurang ghajen dan tak suka makan ikan selayang boleh aje digantikan dgn ikan tenggiri atau ikan kembung. Namun ikan tenggiri dan ikan kembung ni isi dia tak semanis ikan selayang.

Meh kita tengok resipi Mihun Rebus Ala Kampung, antara resipi awal yg K.Nor letak kat MyR dulu2 nun.



  • 1 bungkus mihun - celurkan sekejap
  • 300gm isi ayam
  • * 300gm isi ikan (selayang ke, tenggiri ke, ikut suka)
  • * 1sk tepung jagung
  • * 1/2 sk garam
  • * 1sk serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • telur (ikut suka letak berapapun/ikut bilangan org yg nak makan)
  • 2 - 3sb lada hitam - ditumbuk
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 liter air
  • sayur sawi, taugeh, carrot, jagung muda dan tomato
  • daun saderi
  • #utk lada kicap:
  • 5 biji lada merah (kalau yg suka pedas bolehlah guna cili api)
  • 5sb kicap manis
  • 4 sb cuka

  1. Mihun yg dah dicelur hendaklah direndam sekejap dalam air sejuk biasa. Ini adalah supaya ia tidak melekat antara satu sama lain nanti. Setelah itu toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada hitam yg ditumbuk. Kacau sekejap hingga naik bau dan masukkan isi ayam. Kacau..
  3. Masukkan air kedalam periuk dan masukkan garam dan kiub pati ayam. Sementara ia mendidih kita buat bebola ikan.
  4. Utk buat bebola ikan*, ambil isi ikan (buangkan semua tulang dan jugak kulit ikan). Utk kerja lebih senang bolehlah guna ikan tenggiri. Saya lebih suka guna ikan selayang kerana isinya lebih manis jd kuah mi ini akan lebih sedap.
  5. Tumbuk isi ikan hingga lumat, lepas tu barulah gaul sebati dengan tepung jagung, sebuk lada hitam dan garam.
  6. Bila kuah mi sudah mendidih, gentelkan isi ikan tadi menjadi bebola (sebesar guli) dan masukkan kedalam periuk. Buatlah hingga habis dan tunggu kuah mendidih semula.Bebola ikan akan naik terapung bila ia masak.
  7. Masukkan telur satu persatu tp jgn kacau biar ia masak lama sikit supaya telur tak pecah dan masukkan gula sebagai penambah perisa.
  8. Masukkan sayur2an yg telah dipotong kecuali tomato. Biarkan sebentar barulah dimasukkan tomato dan bolehlah padamkan api. Ini supaya tomato tak lembik sangat.
  9. Utk membuat lada kicap, hiris lada merah nipis2 dan gaulkan dengan kicap manis dan cuka. Lada kicap ni lah yg akan menambah keenakan mi rebus ini
  10. Utk menghidang, masukkan mihun kedalam mangkuk dan cedukkan kuah bersama sayur2an, bebola ikan, ayam dan sebiji telur keatasnya. Taburkan daun saderi yg dihiris halus.. dan hidangkan bersama lada kicap...
  11. Mi ni juga rasanya sesuai utk org dalam pantang juga kot.. sbb banyak guna lada hitam..
  12. Selamat mencuba...
## kali ni K.Nor tak buat lada kicap tp K.Nor makan dgn sambal kicap tahun Anawahid


2 comments:

  1. salam Kak Nor

    happy yat tgk resepi ni...kita tak pernah buat & makan..so boleh la kita cuba..kalau letak sambal kicap...fuh!!! terangkat u!!! tapi kita nak tunggu perut baik dulu la

    ReplyDelete
  2. yat >> try la yat.. berselera makan nanti nak2 kalau utk buka puasa atau yg demam2 tuh.. laju jer nanti ..badan pun berpeluh sakan.. :)

    ReplyDelete