f Secubit Garam: Watermelon Lime Freeze

N3 Terkini

Thursday, March 11, 2010

Watermelon Lime Freeze


Penghilang dahaga di kala panas terik.. Tapi hari ni dah hujan, bermula dr awal pg smlm.. lebat dan cam ribut gak rasanya. Kuat jer bunyi angin. Lama lepas tu baru berhenti. Tapi sesekali turun gak dgn lebat cuma tak berpanjangan. Semua tu dgn limpah rahmat dr Ilahi setelah sekian lama panas terik.. Alhamdulillah.. syukur atas rahmat Mu...

Berbalik pd minuman ni, Watermelon Lime Freeze oleh K.Fida yg telah buat comeback kat MyR. K.Nor tak tau camna nak dptkan jus limau/calamansi tu jadi sbb nak buat jugak td tu, K.Nor gantikan dgn 100ml air biasa dan dimasukkan 1 sudu besar perahan limau nipis. Nak letak jus limau kasturi tak ada la pulak. Rasa minuman ni amat menyegarkan dgn rasa tembikai dan dicampur lak rasa limau nipis tu.. Try la ...

Untuk K.Fida, mintak izin ya nak panjangkan resipi tu kat sini pulak.. Mekasih ya..



WATERMELON LIME FREEZE by K.Fida MyR

  • 1-2 cawan isi buah tembikai yg disejukkan/bekukan atau 100 ml jus tembikai
  • 100 ml jus lime/calamansi
  • 2 sb gula
  • 1 cawan ketulan ais
  1. Satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sebati.
  2. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati... :)



2 comments:

  1. Ku tak rela disiksa sedemikian rupa... huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. mamafami >> heheheh lirik lagu mana satu tu ma.. :)

    ReplyDelete