f Secubit Garam: Chocolate Custard Muffin

N3 Terkini

Sunday, March 28, 2010

Chocolate Custard Muffin



Muffin yg enak bangat!! Mudah lak tu.. no mixer.. just godek2 jer dgn spatula atau hand wisk.. Hasil yg memuaskan hati.. lembut dan sudah pastinya sedap. Tapi spt biasa K.Nor mmg kurangkan sukatan gula yg digunakan..

CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN
sumber: Che Wan Taipei
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack) ~ no stock, k.nor ganti dgn gula perang
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate ~ k.nor guna cooking choc biasa
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna* ~ no stock jd guna tepung gandum biasa jer
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali

Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.


# ni utk peringatan K.Nor di kemudian hari bila nak buat lagi muffin ni..
kurangkan gula dlm bahan B dr 50gm kepada 40gm
esen vanila boleh digantikan dgn 1/2 sk nescafe
potong cooking choc kecik2 utk mudahkan ia cair

2 comments:

  1. kak nor..sangat terpikat dan memikat... jelesnye tengok muffin cup kak nor ni..semue comel comel..mana nak dapat ni.geram la tengok...cantik sangat..geramm nihhh..cute!!!

    ReplyDelete
  2. nor..terima kasih..memang terpikat sungguh..akan dicuba..

    ReplyDelete