f Secubit Garam: Apam Mentega

N3 Terkini

Thursday, March 11, 2010

Apam Mentega


Org meng'apam' kita nak meng'apam' gak. Tapi disebabkan dah tau mmg tak kan merekah or kembang bertaman2 baik tak yah la nak gatal cuba yg jenis kembang mekar tu. Baik buat yg gerenti tak merekah, Apam Mentega ni. Resipi oleh Fiza MyR. Apam yg lembut, gebus, manis yg sedang elok dan sedapppp yg pastinya. Mokwo ooo Mokwo, meh la cuba resipi apam ni. Mokwo kan tokey apam ke tak nak main dgn apam dah sejak dah jadi tokey roti nih.. :)




Ok Pia, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini pulak. Senang sket kalau MyR tiba2 demam hehe.. ampun ya Yani :)





APAM MENTEGA by KakFiza MyR
  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

7 comments:

  1. nor..akak memang suka makan ape saja jenis apam..tapi satu kelemahan akak tak pandai buat gula hangus..bolih tak gantikan dengan gula merah je..

    ReplyDelete
  2. salam kak nor...pernah gak buat apam mentega ni. senang dan sedap kan!

    ReplyDelete
  3. k.erna >> kaedah buat gula hangus ni ada 2 rasanya

    1. cam duk buat sokmo2 goreng gula hingga perang baru dimasukkan air, kacau lg hingga gula tu cair.
    2. satu kaedah lagi ni nor tengok cara yani myr ajar dlm kebanyakkan resipinya, masukkan gula dan air sekali gus dlm kuali dan biar bahagian tepi gula tubertukar menjadi perang, baru la start mengacau hingga semua cair dan bertukar keseluruhan menjadi perang.

    yg penting api tak leh terlampau kuat dan tak leh terlalu perlahan (lambat nk siap hehe)

    ttg soalan k.erna tu, nor tak pasti la boleh atau tidak dibuat menggunakan gula merah, mungkin boleh kut. masak gula merah dgn air hingga larut baru masukkan butter. baru la teruskan step seterusnya. tp nor suggest k.erna buat 1/2 adunan dulu ya, kalau tak menjadi kang sian pulak. kalau jadi harap dpt maklumkan nor, boleh kita kongsi sama apa yg dah berjaya dilakukan. kalau boleh catatkan sukatan gula merah tu ya.. tq

    ain >> w'salam adik ku ain.. mmg senang dan memang sedap! :)

    ReplyDelete
  4. Haha KakNor, Love's projek last nite was Apam too! Yang tak mekar...wahaha! Will be posting it later today! ;)

    Apam akak nih cantik lor...!

    ReplyDelete
  5. akk!!!! saya br jek wat apam nih..kembang setaman!!!! beria2 saya isi penuh..melimpah ruah jadinya!!! huhuhu...nape ea?? wat setengah adunan jek..tp papepon mmg sedap!!

    ReplyDelete
  6. salam kak nor...ima pun suka makan apam...tapi tak berani nak buat,takut tak menjadi...huhuhu

    ReplyDelete
  7. love >> kebetulan ya.. nanti nak ngendeng apam love lak ya..

    fmina >> kembang setaman? ikut tuan dia ke? hehe.. mungkin buka api kuat sgt kut. setakat k.nor duk buat mmg tak pernah lg melimpah gitu. try lg tp kurangkan sket dr penuh cup ya

    ima >> w'salam ima.. buat la yg ni.. mmg k.nor rekomen. insyaallah jadi. tak sesusah nk buat yg stail mekar2 tu. yg ni mmg mudah dan sedap. buat 1/2 aduanan dulu ya

    ReplyDelete