f Secubit Garam: Sotong Masak Lada Hitam

N3 Terkini

Tuesday, March 2, 2010

Sotong Masak Lada Hitam


Hari ni K.Nor mencuba salah satu resipi dr buku masakan Makanan Laut, Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza... Sotong Masak Lada Hitam. Sedap dan mudah aje menyediakannya.. Tq utk K.Liza dn kat sini K.Nor nak share bersama yg lain .. Slmt mencuba..




SOTONG MASAK LADA HITAM by K.Hanieliza

Bahan A
300gm sotong (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar ladan hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
garam (sekiranya perlu)

Bahan B (kesemuanya dihiris)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bj cili merah

Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga layu.
Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, cili merah dan sos lada hitam.
Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
Tutup api dan taburkan daun bawang.
Sedia dihidangkan.

tip dr K.Liza:
garam tidak perlu ditambah kerana sos lada hitam sudah masin


#tip dr K.Nor :)
sotong tak perlu dimasak lama utk mengelakkan dr rasa liat/keras

boleh gak dicuba cara ni: (ni kaedah K.Nor ya.. bukan nak menunjuk pandai.. terpulang pd cara masing2)
  • panaskan sedikit minyak dan goreng dulu sebentar sotong yg dah ditoskan sehingga keluar air.
  • angkat dan ketepikan.(jgn goreng terlalu lama)
  • panaskan sedikit minyak yg lain, baru la ditumis bahan2 B hingga layu dan masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk dan bawang besar.
  • masukkan air sotong td dan masak hingga sedikit pekat baru la dimasukkan sotong.
  • kacau2 hingga rempah2 mesra dgn sotong dan bolehlah dihidangkan.

7 comments:

  1. My son has been asking me to buy squids for some time already now...tapi tak dpt2 kat Tesco area Love nih! Ada pun kecikkkkk sgt! Tak suka...

    This dish is looking yumm! ;)

    ReplyDelete
  2. betul tip kak nor tu!!sotong mmg tak boleh msk lama sgt, nanti liat atau keras. lg2 klu sotong tu beso!!! tip ni pun sy dpt dr abg ipar.

    ReplyDelete
  3. salam nor..wah dah beli buku kak liza ya..cm pun teringin nak beli juga.buat koleksi

    ReplyDelete
  4. Salam K.Nor dan semua pembaca blog secubitgaramnor67,

    Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

    Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    atau boleh terus ke:
    http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

    TQVM
    -zu-

    >>saya selalu fail masak sotong, maybe pasni insyaAllah, tak lagi, hehe.. thanks k.nor for the tips..

    ReplyDelete
  5. salam Kak..

    selalunya sotong yat masak hitam or sambal jerk...lain tak tau..ni kali boleh cuba resepi ni..

    satu lagi, kalau goreng sotong tu ada meletup2 tak.maklum kita kalau masak yg letup2, siap pakai oven glove yg panjang...maklum 'terer' kan..nasib baik MIL tak dak nak lihat adengan yg tak ingin dilihat...ahakzzz

    yat

    ReplyDelete
  6. nor, saya pun masak sotong lada hitam gak tapi versi sendiri....lada hitam mmg kegemaran anak2 saya.

    ReplyDelete
  7. love >> try la love, sedap gak!

    ain >> k.nor mmg jarang beli sotong yg saiz besor2. lebih suka beli yg pjg body dia dlm sejengkal jer(lebih kurang 6in)

    CManggis >> dah beli kena la try kan.. semua resipi2 dlm buku K.Liza ni mudah2 aje dimasak

    myfuzzyworld >> insyaallah.. nanti k.nor g jenguk ya..

    yat maria >> rasanya dah ada beberapa resipi sotong yg k.nor letak kat sini. cuba la semuanya mudah2 aje dan insyaallah sedap.

    setakat ni tak pernah lg meletup yat, mungkin yat tak tos sotong tu sampai kering kut. air yg terkandung tu yg membuatkan meletup tu..

    azita >> betul2 mmg sedap sotong digoreng + lada hitam

    ReplyDelete