f Secubit Garam: Ta-koh Sa-ku

N3 Terkini

Monday, April 27, 2009

Ta-koh Sa-ku

Rasanya tak berbelit lidah kali ni kan... Sekali lg.. Ta-koh Sa-ku atau maknanya Puding Sagu dgn Pati Santan.. Ok adik2, kali ni kita beralih pd dessert lak ya.. satu lg dr koleksi resipi buku masakan Thai yg K.Nor beli hari tu.. Sedap tau makan td masa berbuka puasa, nyaman jer bila makan sejuk2.. Mudah jer proses menyediakannya dan bahan2nya pun simple jer..

Puding Sagu dengan Pati Santan

Bahan:
1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung ~ k.nor guna tepung jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau esen vanila ~ k.nor ganti dgn 1 sudu teh pandan paste
1 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor guna 9 sudu besar gula (2/3 cawan)

Cara:
Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk
Kacau atas api sederhana sehingga masak
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan

Bahan utk Pati Santan
2 cawan santan ~ k.nor guna 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara:
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat
Sudukan keatas Puding Sagu
Sejukkan dulu baru la dihidangkan...

4 comments:

  1. wahhh..nampk sedap,nampak menarik,cantik!

    ReplyDelete
  2. mmg sedap tau CM..kpd penggemar sagu, kena cuba ni tau..

    ReplyDelete
  3. Sejak dua menjak nie, Kak Nor masak makanan siam jek.. dah kena tempias dak Ika ker? hehehhehe.. Apa pun memang best ler.. ada kelainan dari menu-menu biasa..

    ReplyDelete
  4. K.Nor ada beli buku masakan Thai jamie.. so kena la try resipi2 tu, baru la berbaloi beli kan.. lagipun dlm buku tu resipinya mmg simple tp menyelerakan.. bila k.nor buat, boleh la share dgn org lain lak kan..

    ReplyDelete