f Secubit Garam: Salad Betik Hijau Pedas dgn Udang

N3 Terkini

Tuesday, April 28, 2009

Salad Betik Hijau Pedas dgn Udang

Ok... jom membelitkan lidah lg hari ni... Salad Betik Hijau Pedas dgn Udang @ Som-tum Koong Sod. Pada penggemar kerabu yg masam2 manis dan pedas, cuba laa resipi ni.. ratah saja pon sodap!!


Salad Betik Hijau Pedas dgn Udang @ Som-tum Koong Sod

7 -9 ekor udang ~ dicelur kejap
1 cawan betik hijau ~ buang kulit dan dicincang memanjang
1/2 cawan carrot ~ dicincang memanjang
2 btg kacang hijau ~ dipotong
5 -7 bj tomato ceri
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kacang tanah ~ disangai
5 bj cili padi ~ nak pedas boleh tambah lg
2 sudu besar gula melaka
2 - 3 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar air limau nipis
1 sudu besar air asam jawa pekat
1/4 cawan gajus ~ digoreng

Tumbuk kasar bawang putih, cili padi, udang kering dan kacang tanah.
Perasakan dgn air limau nipis, gula melaka, air asam jawa dan sos ikan.
Masukkan betik, carrot, tomato ceri, kacang panjang dalam sebuah bekas .
Pastu masukkan bahan2 yg ditumbuk, udang dan gajus.
Gaul hingga sebati dan boleh la dihidangkan

No comments:

Post a Comment