f Secubit Garam: Buncis Goreng Belacan

N3 Terkini

Thursday, April 2, 2009

Buncis Goreng Belacan

Sayur goreng yg mudah disediakan..

Bahan2:

150gm kacang buncis
3 biji bawah merah
2 ulas bawang putih
1bj cili merah (tambah dgn cili api kalau nak pedas)
belacan sebesar ibu jari tangan (bukan ibu jari kaki ya..hehe )
garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara2

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan belacan tp jgn sampai lumat sgt.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tumbuk serta garam dan gula secukup rasa. Boleh juga dimasukkan sedikit serbuk pati ayam jika suka. Goreng sehingga pecah minyak. Jangan buka api besar, nanti rempah2 ni cepat hangit.
  3. Masukkan kacang buncis yg dah dipotong dan goreng sekejap. Jgn lama2 nanti kacang jd lebur sgt dan hilang zat.
  4. Boleh lah diangkat dan dihidangkan. Selamat menjamu selera..

No comments:

Post a Comment