f Secubit Garam: Caramel Croissant Pudding

N3 Terkini

Wednesday, April 29, 2009

Caramel Croissant Pudding


Ni dessert yg dibuat lewat petang semalam..Dah lama skodeng resipi ni kat rumah K.Ummi, so smlm baru jer sampai seru nak buat..
K.Nor buat ikut resipi asal, padahal croissant ada balance 2 ketul lagi.. silap la pulak tak buat cam K.Ummi buat, sbb sedap! Kejap jer licin.. Bg penggemar puding roti, cuba la buat sbb ada kelainan tau dlm puding ni selain dari menggunakan croissant sbg bahan utama, ia juga menggunakan caramel.. so wangi jer bau.. mmg yummy!!

utk ijah comel..... resipi di copy dr rumah K.Ummi

Bahan:-
2 ketul croissant (ummi letak 3 ketul dalam loyang 8 inci ni)
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1/2 cawan whip cream (cair) - ummi letak 3/4 cawan
2 sudu besar bourbon (macam Jeni, ganti dgn 1 sudu teh esen vanila)
1/2 cawan susu segar (ummi letak 3/4 cawan)
2 biji telor - dipukul sikit

Cara Membuat:-
  • Panaskan oven ke suhu 175 C.
  • Koyakkan croissant (*ummi potong kecil2) dan masukkan dalam mangkuk pembakar.
  • Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan lenggangkan ia untuk mencairkan gula. (Kalu mengikut step Nigella, dia x kacaupun dengan sudu, just lenggang2 je atas api). Letak atas api medium ke high. Jadikan gula hangus.
  • Bila gula telah menjadi caramel, angkat periuk dan masukkan whipping cream, diikut dengan susu dan esen vanila. Pukul dengan whisk dan masukkan telor. (masalah Ummi pun sama dengan Jeni, bila buat camni, gula hangus mengeras dan Ummi pun panaskan jugak atas api semula).
  • Tuangkan campuran ini ke atas croissant tadi. Biarkan ia terendam selama 10 minit.
  • Bakar dalam oven selama 20 minit (ummi set 17 minit je) hingga kuning keemasan. (Hati-hati jangan sampai roti garing lak!)

No comments:

Post a Comment