f Secubit Garam: Apple Crumble Muffin

N3 Terkini

Wednesday, April 8, 2009

Apple Crumble Muffin


Resipi asal adalah Banana Crumb Muffin. K.Nor ceduk kat blog Maklang. Saje nak ubah menggunakan apple sbb nak perhabiskan stok apple kat dlm peti ais. Kat rumah maklang tu dlm bahasa omputih, tp kat sini K.Nor dah alihbahasakan utk rujukan K.Nor dimasa hadapan..

Bahan2 A:
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 st soda bicarbonat
1 st baking powder
1/2 st garam
3 biji epal hijau (dipotong dadu)
3/4 cawan gula perang
1 biji telur (dipukul sedikit)
1/3 cawan mentega (dicairkan)

Bahan2 B
1/3 cawan gula perang
2 sb tepung serbaguna
1/8 st serbuk kayu manis (optional)
1 sb mentega

Cara2:
  1. Panaskan oven (190C)
  2. Griskan loyang muffin atau boleh saja guna papercup
  3. Masukkan tepung (k.nor guna tepung gandum jer), soda bicarbonat, baking powder dan garam ke dalam sebuah mangkuk besar
  4. Dalam sebuah mangkuk yg lain pula, pukul gula perang, telur dan butter hingga sebati dan masukkan apple yg telah didadukan
  5. Tuangkan no 4 kedalam mangkuk tepung dan kacau hingga sebati
  6. Isikan kedalam papercup atau loyang muffin
  7. Dalam sebuah mangkuk lain, campurkan kesemua bahan2 B dan gaul dgn hujung jari hingga rata
  8. Taburkan keatas adunan muffin td dan bakarlah selama 18 - 20 minit atau bila kita cucuk dgn lidi, tak ada adunan yg melekat.

No comments:

Post a Comment