f Secubit Garam: Sotong Sumbat Ala Thai

N3 Terkini

Thursday, April 23, 2009

Sotong Sumbat Ala Thai


Resipi asal K.Nor ceduk kat majalah Rasa. Dah lama simpan resipi ni, hari ni baru terbuka hati nak buat..Sepatutnya inti kat dalam tu pulut yg dikukus, tp K.Nor ngejas letak tauhu. Mula2 tu ingatkan ada stok pulut kat rumah, tu yg tak beli masa g pasar. Bila selongkar dapur masa nak masak sotong ni, tengok2 tak ada la pulak stok beras pulut. Kebetulan beli tahu nak buat tauhu kukus, tp terpaksa kensel dan ganti tauhu kat tempat pulut..

Abaikan la ya, rupa sambal tu, sbb ada sekor sotong tu tercabut kepala dia, so isi tauhu apa lg membuak ler keluar... apa pun not bad gak la rasa lauk ni...

BAHAN2
500gm sotong yg dah dibersihkan
500gm pulut (direndam dan dikukus hingga masak)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
200gm gula merah (k.nor guna nisan jer)
garam
bahan2 kisar
~ 3 bj bawang besar
~ 5 ulas bawang putih
~ 2cm halia
~ 50gm cili kering
minyak utk menumis

Sumbat pulut yg dah dikukus kedalam sotong. Jangan sumbat ketat or penuh sangat dan letakkan kepala sotong dihujungnya. Cucuk dgn lidi/pencungkil gigi.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg dikisar hingga garing dan masukkan sedikit air. Kacau dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, gula melaka dan garam secukup rasa.
Masukkan sotong dan masak la hingga kuahnya pekat dan sotong masak.

Ni versi K.Nor bila menggunakan tauhu sebagai ganti pulut

3 keping tauhu dilenyek
1 sudu teh serbuk lada hitam
3/4 sudu teh garam
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung

Lenyek tauhu hingga hancur dan goreng sekejap utk mengeringkan air dlm tauhu.
Goreng lebih kurang 5 minit dan padam kan api.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul hingga sebati.
Sumbatkan bahan2 inti ni ke dalam sotong, jgn terlalu sendat.
Masukkan kepala sotong dihujungnya dan kemaskan dgn lidi/pencungkil gigi.

No comments:

Post a Comment