f Secubit Garam: Salad Mangga Hijau

N3 Terkini

Monday, April 20, 2009

Salad Mangga Hijau


Di sana sinun org duk buat kerabu mangga.. Terasa gak nak buat tp nak buat somtam. Duk belek buku masakan Thai, jumpa resipi simple ni, Salad Mangga Hijau @ Yum Ma-muang. Rasa pun lebih kurang gak dgn somtam.. Resipi asalnya K.Nor dah edit skit2..Cuba la, mana tau menepati selera masing2 jugak kan...
SALAD MANGGA MUDA

1 cawan mangga muda yg dah dihiris
1 cawan lobak merah yg juga dihiris
3 biji bawang merah di mayang halus
1 1/2 sudu besar udang kering
4 biji cili api (terpulang pd tahap kepedasan masing)
1 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau nipis/kasturi

Tumbuk udang kering, cili api, gula dan bawang putih hingga lumat.
Masukkan semua bahan2 kedalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Perapkan seketika baru la dihidang.
Selamat mencuba ya..

No comments:

Post a Comment