f Secubit Garam: Ikan Patin Stim

N3 Terkini

Thursday, April 2, 2009

Ikan Patin Stim

Salam semua..


Hari ni badan rasa kurang sihat skit. Dah kena demam selsema ni. Dalam tak sihat pergi jugak pasar tani, nak cari ikan patin. Tiba2 hujan turun dgn lebat, so mandi hujan gak la tadi.. Dah lama tak buat lauk ni, simple jer tp utk org tak sihat ni, sedap la kat anak tekak sbb ada rasa masam2 dan pedas tu..
Untuk mimi dan izah, K.Nor letak resipi ni, jgn lupa buat ya..

Ikan Patin Stim

resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
1 ekor ikan patin sederhana besar (boleh guna ikan lain spt siakap, kerapu atau bawal)
2 biji limau nipis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih ~ dicincang

1in halia muda
1 biji mangga muda (guna 2 biji kalau buah kecik)
5 biji cili api ~ diketuk biar pecah2
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
air



Cara2
Bersihkan ikan dan perap dgn air limau nipis dan sedikit garam. Perap sebentar, lepas tu bilas dan toskan.

Potong bawang besar, halia muda dan mangga muda spt dlm gambar di bawah

Masukkan ikan ke dalam mangkuk tahan panas, dan taburkan bawang putih, bawang besar, halia, mangga dan cili api.
Bancuh sos tiram, garam dan sedikit gula dgn 1 cawan air. Sukatan air ni terpulanglah, kalau nak berkuah, lebihkan ya..
Curah bancuhan tu keatas ikan dan kukuslah sehingga ikan tersebut masak, lebih kurang 20 min.
Biasanya kalau mata ikan tu tersembul keluar bermakna ikan tu dah masak.
Lauk ni sedap dimakan panas2..

2 comments:

  1. salam..diam-diam aje dah ada blog..awat tak bagi tau...

    pandai ye buat pondan tu..cantik colour dia..happy ann yg ke 21...

    ReplyDelete
  2. salam k.ina..tak leh nak canang, tekak perit nih kes demam hehe...segan la k.ina nak canang2. thanks for the wish, k.ina tak nak main fondant gak ke..

    ReplyDelete