f Secubit Garam: Bone Steak

N3 Terkini

Thursday, April 2, 2009

Bone Steak

Salam



Kebiasaannya kalau beli tulang lembu, K.Nor masak sup tulang. Tp kali ni mencuba Bone Steak resipi K.Fida dr Singapore yg cukup femes kat MyResipi. Masakan ni ada terasa rempah2nya dgn rasa masam2 yg memikat selera cik abang sampai dia suruh buat lagi lain kali..

BONE STEAK by K.Fida Myr

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

1 kilo tulang *- cuci bersih
3 helai daun pandan*
1 btg serai*
4 ulas bwg putih* -diketuk
1 ibu jari halia* -diketuk
(Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
2 sb ketumbar biji*
1 sb jintan kasar*
3/4 sb jintan halus*
1/2 sb lada hitam/putih*
(4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bwg merah
5 ulas bwh putih
1 botol tomato sos
2 sb kicap manis
kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
1-2 biji bwg besar - dibelah
cili hijau - dipotong
2 biji telur - di kocok
Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
1/2 cwn bawang goreng
1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.

No comments:

Post a Comment