f Secubit Garam: Nasi Jagung

N3 Terkini

Wednesday, April 22, 2009

Nasi Jagung

Salam...

Hari ni anak teruna no2 balik cuti dr asrama sekolah. So plan dr smlm lg nak wat nasi jagung. Sbb tu masa masak gulai daging smlm, K.Nor masak lebih skit. So boleh la wat makan sekali dgn nasi jagung ni.. Hari ni cuma buat ayam masak merah dan acar timun disamping nasi jagung tu..


Jom semua, kita makan nasi jagung, 1st time buat ni.. sedap gak.. (kalau diri sendiri yg tak puji, sapo lg nak puji kan.. hehe). Resipi ni K.Nor letak atas permintaan Mimi..

NASI JAGUNG

4 cawan beras basmathi (ikut cawan sukatan rice cooker)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung (K.Nor guna jagung fresh >< 2 biji)
1 biji tomato ~ didadukan kecik2
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2in halia ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi/marjerin
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
garam

  1. Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
  2. Panaskan minyak sapi/marjerin dlm periuk rice cooker dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumiskan sekejap dan masukkan bahan2 yg ditumbuk. Kacau hingga bangkit bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau2 kejap dan masukkan beras.
  4. Kacau lg hingga sebati dan biarkan seketika baru lah dimasukkan air dan garam.
  5. Biarkan hingga mendidih baru lah dimasukan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
  6. Alihkan ke periuk td ke dlm rice cooker dan masak la hingga nasi tu masak.


Lepas hidang baru perasan, semua lauk sampingan merah2 belaka.. tak per la kan... layan jer la...

No comments:

Post a Comment