f Secubit Garam: Sayur Pedas Labu Air

N3 Terkini

Sunday, April 5, 2009

Sayur Pedas Labu Air


Masakan ni salah satu pebret K.Nor sekeluarga. Pekena dgn nasi panas, ikan panggang/goreng, ikan kering dan sambal belacan.. pergh...mmg laju jer makan. Kalau g kenduri kawin yg mana tuan rumah sedikan nasi putih selain dari nasi minyak, lauk ni pun kiranya menu wajib gak la..



SAYUR PEDAS LABU AIR

1 labu air saiz sederhana
sedikit isi ikan ~ ikan panggang atau ikan rebus
2 biji bawang merah
1 sb lada hitam
1 sb budu
secekak daun kesum
garam dan gula secukup rasa
1 liter air

Panaskan air hingga mendidih dan masukkan labu yg telah dipotong. Tumbuk hingga lumat bawang merah, lada hitam dan isi ikan. Ambil sedikit air dari dlm periuk yg berisi labu dan gaul sebati dgn bahan2 yg ditumbuk dan masukkan bancuhan td kedalam periuk. Jangan sekali2 masukkan bahan2 tumbuk direct kedalam periuk, nanti isi ikan jadi berketul2. Masukkan budu, garam dan sedikit gula. Dalam masakan K.Nor mmg tak menggunakan msg atau tok aji sbb tu K.Nor gantikan dgn sedikit gula. Lepas tu masukkan daun kesum dan masak lah hingga mendidih dan labu bertukar warna. Jangan terlalu lama, nanti labu menjadi terlalu lecur/lembik.

*Sesetengah org guna daun kemangi tp K.Nor lebih suka guna daun kesum
*Kalau tak ada isi ikan, boleh diganti dgn keropok ikan yg dipatah2kan

3 comments:

  1. lauk ni mmg peberet sy jgk...syedapnyerrr....kalu tkde labu gune tener...tp tk pernah try letak daun kesum...nk try la nanti..

    ReplyDelete
  2. Nok wak gok ler esok, ikan rebus nok ganti dgn ikan bilis jerk, acikan...huhuhu..

    ReplyDelete
  3. ajue >> k.nor biasa gak guna timun batang selain dr labu air..

    setengah org suka letak daun selasih tp selera k.nor lebih suka letak daun kesum :)

    lela >> boleh jer lela. tp rasanya kalau letak kepok keping lg sedap dr letak ikan bilis.. pecah2kan kepok tu.. lg best :)

    ReplyDelete