f Secubit Garam: Sotong Goreng Tomyam

N3 Terkini

Monday, April 20, 2009

Sotong Goreng Tomyam

Salam...

Plan asal nak buat sotong masak lemak cili api. Anak dara request, aritu tak puas makan. Balik dari pasar lupa la pulak nak beli santan. Kena la tukar menu lain. Tak per la, lauk ni pun dia suka jugak. Resipi asal K.Nor ambil kat MyR, tp dah diedit, biasalah kan, nak ikut selera anak tekak tukang masak.. K.Nor tak letak sos tiram, sbb kalau letak rasa lauk ni cam paprik. Sapa2 nak cuba silakan la..



SOTONG GORENG TOMYAM

300gm sotong yg dah dibersihkan
3 ulas bawang putih ~ diketuk
3 btg serai ~ diketuk
3 hiris lengkuas
1 sudu besar paste tomyam
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
sayuran spt: carrot, putik jagung, tomato
1 labu bawang besar ` dipotong bulat
3 - 5 bj cili api (jika nak lebih pedas)
garam dan gula
sedikit air
minyak

  1. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan sotong dan kacau sekejap.
  3. Masukkan lengkuas dan tomyam paste. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian masukan garam dan sedikit gula. Kacau lg dan tutup kuali.
  5. Biarkan sekejap, baru la dimasukkan sayur2. Boleh juga kalau nak guna kacang panjang dan bunga kobis. Terpulang pd citarasa masing2.
  6. Masukkan sedikit air, supaya lauk tidak terlalu kering.
  7. Last sekali masukkan bawang, cili api dan tomato. Kacau2 kejap, tutup api dan boleh la dihidangkan dgn nasi panas..




No comments:

Post a Comment