f Secubit Garam: Ikan Dalam Taman.....

N3 Terkini

Thursday, April 23, 2009

Ikan Dalam Taman.....

Errrmmmm...... bukan org jer nak duk dlm taman... Ikan pun nak duk dlm taman gak.. Resipi ni K.Nor amik dlm buku masakan Thai, penyediaannya simple jer, just gaul semua bahan2 dan curah atas ikan yg dah digoreng. Tp yg makan masa skit nak sediakan salah satu bahan dlm sos tu.. dipanggil Pes Cili Sangai.


Cari ikan siakap tak ada lak kat pasar tani td, so K.Nor beli ikan talapia.. Lain kali kalau nak buat lg lauk ni, kena buat sos dia lebih skit, baru best..

IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN
1 ekor ikan siakap (>< style="font-weight: bold;">Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..



Ni la dia rupa pes cii sangai@nam-prik-pow. Dgn pes ni, kita boleh buat banyak dish spt yg ditunjukkan dlm buku masakan tu.. Lain kali K.Nor akan masak dish lain pulak menggunakan pes ni, insyaallah.. Bila dah ada stok pes ni, mudah la kerja nak masak dish lain lak kan..

PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (9 biji)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)

*yg dalam kurungan tu yg k.nor buat, sbb stok udang kering dah nak abis ler.. so kena la pandai2 ejjas bahan2 lain..

Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

2 comments:

  1. Kak Nor,memang kena try lah ni..konpem lepas mi dok payoh gi kedai thai lagi..:)

    ReplyDelete
  2. mums, cuba lah, insyaallah sedap..

    ReplyDelete