f Secubit Garam: Daging Kicap Pedas

N3 Terkini

Wednesday, April 29, 2009

Daging Kicap Pedas

Salam...

Apa ya nak pot pet pot pet arini.. Blurr jer rasanya.. Layan gambar2 jer la ek..



Ni utk masz: masak lebih2 kasi berasap org jauh... ^____________^

DAGING KICAP PEDAS

300gm daging (kalau daging batang pinang lg baik)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu besar cili mesih
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit gula
capsicum merah/kuning/oren ~ dipotong dadu
air secukupnya

Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih. Kacau lg hingga bawang putih menjadi perang.
Masukkan cili mesin dan masaklah hingga pecah minyak dan masukkan daging.
Kacau sekejap dan biarkan hingga daging kecut sedikit dan mengeluarkan airnya
(Pastikan menggunakan api yg sederhana, kalau tidak daging kita liat)
Masukkan sos tiram, kedua2 kicap dan serbuk lada hitam, kacau seketika baru la dimasukkan air secukupnya. Kalau daging liat, lebihkan skit air.
Masaklah sehingga kuah hampir kering barulah dimasukkan capsicum.
Masukkan sedikit gula bg mengimbangi rasa masin kicap/sos tiram dan pedas.
Kacau2 kejap, padamkan api dan boleh dihidangkan dgn nasi putih..

2 comments:

  1. Ohohoho.... sedapnya lauk! Bikin mama lapar je tengah tengah malam ni...

    ReplyDelete
  2. tengah malam pun lapar lg ke.. hehe.. thanks kerana sudi singgah ya..

    ReplyDelete