f Secubit Garam: Kek Birthday utk Sweet 14

N3 Terkini

Saturday, June 12, 2010

Kek Birthday utk Sweet 14

Ni dia kek besday buat anak dara tersayang. K.Nor buat yg simple2 jer lagipun sebagai memenuhi request dia yg nak kek sponge coklat. Baru2 ni masa besday Naim dah buat kek coklat maut tu kan.. hehe.. Aisyah ni tak banyak songeh, asal dpt kek yg hasil tangan si emak pun dah cukup happy. Alhamdulillah.. memang menyejukkan hati anak dara sorang ni.

Kek Sponge tu dah pernah K.Nor buat dulu masa besday Luqman. Tahun lepas kalau tak silap. Duk cari la resipi tu rupanya aritu lupa nak letak resipi. Bila nak cari kat MyR, tak boleh masuk la pulak. MyR kembali demam ni.

Nasib baik Ina@Hana ada kopipes resipi tu kat rumah dia, boleh la amik kat situ. Yg K.Nor letak ni yg dah Ina edit sbb aritu pun K.Nor buat spt yg ni gak, menggunakan choc emulco sbb anak2 lebih suka kek perisa coklat. Kalau nak yg versi asal boleh tengok yg kat sini, pun dr rumah Ina@Hana. Nanti kalau MyR dah kebah dr demam, K.Nor letakkan link resipi asal dr Sweet4ever tu ya.. Tq ya Sweet, mmg K.Nor suka sgt guna resipi sweet ni.. best! Dan tq jugak buak Ina, penyelamat akak nih, kalau tak mana nak meraba cari resipi tu.. mmmmmmmuah!


KEK SPONGE by Sweet4ever MyR

Bahan-bahan
  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh choc emulco
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna coklat

  • satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  • perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  • tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  • sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  • bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.


Ni rupa kek selepas dibakar.. lepas tu mengecut sket..


Updated: Khas buat Nurul

K.Nor bukannya teror dlm bab mendeco, ni pun masih merangkak gak lagi. Jadi tak pandai sgt nak beri tunjukajar dlm bab deco, resipi BC, ganache dan yg sewaktu dengannya. K.Nor cuma boleh beritau setakat gitu2 jer la. K.Nor harap Nurul boleh surf lebih banyak blog2 lain terutamanya sifu2 bab deco utk lebih mendalami kaedah mendeco dan juga resipi2 topping ya..

Ni resipi Buttercream yg biasanya K.Nor buat. Setakat ni anak2 K.Nor suka makan sbb tak muak dan tak manis sgt. Kadar kemanisan sesuatu BC ni bergantung pd jumlah gula icing yg kita guna. Kalau utk sapuan/lepa atas kek/cupcake, BC kita tak perlu kental sgt tp tak jugak cair sgt. Kalau utk membuat bentuk2 spt roses, swirl dll kita perlu letak tambahan gula icing. Bila dah tambah gula ni, tekstur BC kita lebih kental jd apa2 yg kita deco akan membentuk dgn lebih baik/cantik.


Buttercream (My Style)
~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek
250gm butter
75gm shortening
125gm gula icing
1 sudu kecil vanila


Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic td)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.



Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.

K.Nor syorkan Nurul cari resipi Buttercream by KembangKempis kat Myr. Dah ramai yg mencuba resipi tu dan fedback pun nampak ok gak tu..

6 comments:

  1. bertuahnya kak teh dpt merasa homemade bday cake dr ibu tersayang. saya nak tumpang sekaki sempena anniversary saya, boleh ke kak nor..?hehe

    ReplyDelete
  2. gebu kek akak tu :) bestnya anak kak nor dpt merasa kek homemade lagi

    ReplyDelete
  3. Salam kak nor...
    nak tanya pasal yg dalam resipi ni la...
    "masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau."
    saya nak tau berapa sukatan yg berkaitan dgn pandan ni la sebab tak der details dlm resipi..

    tq

    ReplyDelete
  4. ain >> kek biasa2 jer tu ain :)

    fida >> alhamdulillah.. mmg gebu.. yer la kan dulu masa k.nor kecik mmg tak ada harapan nak merasa kek hasil tangan ibu sendiri, so skrg ni sebolehnya tak nak la anak2 rasa apa yg pernah k.nor rasa dulu :(

    nomy >> salam nomy.. ok kalau air pandan tu nomy sukat sebanyak 80ml( gantikan sukatan utk air biasa tu). utk pes pandan, biasanya kalau kita dah guna pandan yg diblend utk amik air dia tak perlu la kita letak dah pes pandan. dah ada aroma pandan yg ori kan tp kalau masih nak letak gak ok aje, letak dlm 1/2 sudu kecil. dan utk pewarna hijau, dah ada sket warna hijau dr air pandan yg kita gunakan tp tak mencukupi utk menghasilkan warna hijau yg menyerlah. so boleh la letak dlm 1/4 - 1/2 suduk kecil. apa pun nomy kena masukkan sket2 kalau rasa dah cukup terang kaler hijau adunan tu, ok la.. kalau rasa masih pudar, boleh tambah sket lagi. smoga nomy faham maksud k.nor ni ya..

    ReplyDelete
  5. Kak Nor.. Naz dah try resepi BC akak ni..Sedap... Terima kasih ye...

    ReplyDelete
  6. naz >> sama2 kasih.. ehh terima kasih kembali sudi try ya.. :)

    ReplyDelete