f Secubit Garam: Death By Chocolate Cake

Monday, June 7, 2010

Death By Chocolate Cake

Ada org nak kek? Kek cekelat dgn deco yg simple2 jer. Buat khas utk Naim sempena brithday dia yg ke 17 baru2 ni. Buat lewat sket dr birthday dia sbb malam Ahad tu baru dia balik dr asrama. Kali ni K.Nor mencuba Death By Chocolate Cake, resipi dr Nanee Mrs Dayat MyR. Selama ni mmg duk tengok jer org hantar report kek ni kat MyR. Nak buat tp tak sampai seru. Tapi bila Ijah dan Che Mat dah tayang yg dia org buat rasa cam diseru2 nak kena buat gak.. hehe..

Alhamdulillah.. menjadi gak kek yg nama dia agak gempak nih walaupun whipped cream tak berapa menjadi. Tak per la, yg pentingnya kek ni tetap sedap dan enak dimakan.


DEATH BY CHOCOLATE CAKE BY Mrs Dayat Myr

Bahan-bahan ( loyang 9" )
  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit