f Secubit Garam: Telur Goreng Berkicap

Friday, June 4, 2010

Telur Goreng Berkicap

Hari ni masak menu ringkas jer. Rasanya kalau boleh tiap hari Jumaat mmg nak masak menu mudah, ringkas dan semestinya sedap. Tukang masak a.k.a driver ni rasa penat sungguh kalau hari Jumaat. Jadual sbg driver mmg padat betul. Pukul 10 pg kena hantar Luqman ke kelas tuisyen, balik tu keletung keletang pegang jawatan tukang masak. Pastu pukul 12tghari keluar g amik dia. Lepas patient dgn Luqman lunch, terus hantar ke masjid utk solat Jumaat. Pukul 2.15 ptg keluar lg hantar Aisyah lak ke kelas tuisyen. Pastu nanti pkl 6.30ptg kena keluar lg amik dia balik.. hu hu.. naik turun.. naik turun.. Terasa kejang urat2 betis.. :(

Berbalik pd menu hari ni.. Menu simple ni dah pernah buat dulu...kalau tak silap dlm bulan puasa tahun lepas. Pastu td g cari balik n3 tu, nak letak resipi asalnya tp tak leh bukak la pulak MyR. Asyik demam jer MyR skrg ni. Nama asal menu ni Telur Mata Kobau Berkicap, tuan resipi asal tak ingat sbb dulu tak letak resipi kat n3 tu cuma letak link jer. Telur Berkicap ni K.Nor buat lain sket dr versi asal. Nanti tunggu MyR dah kebah dr demam K.Nor letak semula resipi asal tu kat sini ya.. insyaallah. So buat sementara waktu ni K.Nor letak versi yg K.Nor buat.




TELUR GORENG BERKICAP

2 bj telur
2 bj bawang merah ~ dihiris
3 bj cili api ~ dihiris
5 sudu besar kicap manis
sedikit minyak
daun saderi ~ dihiris
capsicum hijau dan merah ~ optional

Goreng telur dlm bentuk mata kerbau/lembu. Letakkan dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan cili api hingga wangi.
Masukkan kicap dan kacau2 kejap (tak perlu diletakkan garam dan gula ya..)
Masukkan capsicum merah dan hijau yg dah dipotong dadu. Kacau goreng seketika dan padamkan api.
Tuangkan atas telur td dan taburkan dgn daun saderi.
Sedia utk dingap dgn nasi panas2...


Ok.. ni versi asal resipi Telur Mata Kerbau Berkicap .. dah dpt copy ni sbb MyR dah kebah dr demam :)


TELUR MATA KERBAU BERKICAP by Cutevirus8 MyR

Bahan-bahan ( utk 2 org makan )

  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • kicap. tak kisah ape² brand pun

  1. hiris bawang merah dan cili merah dan ketepikan
  2. goreng telur dan ketepikan
  3. tumis cili merah dan bawang merah menggunakan lebihan minyak menggoreng telur tadi sehingga layu.
  4. angkat bawang merah dan cili merah yang telah layu dan letakkan di atas telur goreng tadi..
  5. percikkan kicap diatas telur goreng tadik... sedia untuk di hadap