f Secubit Garam: Hati Goreng Jintan

N3 Terkini

Wednesday, June 23, 2010

Hati Goreng Jintan


Sesi menghabiskan hati dan pedal ayam dlm freezer. Cari punya cari resipi berkait dgn hati/pedal ni, K.Nor jumpa satu resipi yg mudah dan nampak sedap jer kat rumah Che Mat Gebu.. Hati Goreng Jintan. Alhamdulillah... setelah siap dimasak dan dingap, ternyata puas hati mencuba resipi ni. Pada penggemar2 hati/pedal ayam, boleh la try menu ni. Insyaallah sedap.. psst Ina, bila Hamzah nak away lagi? Kang boleh cuba menu ni hehehe.. Buat sementara tu, amik jer la seketul dua yg K.Nor dah masak ni ya.. ^___^

Meh kita tengok resipi. Mintak izin dah td dgn Che Mat nak kopipes resipi ni kat sini.. Mekaseh yg Che Mat :)

HATI GORENG JINTAN
sumber : Che Mat Gebu (resipi asal SAJI)

BAHAN-BAHANNYA :-)
8-10 ketul hati ayam, cuci dan kelar2*
1/2 camca teh garam*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1 inci halia, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat
4 - 5 biji cili padi, belah dua
2 biji kentang, dikupas dan potong berbaji, rendam
1 camca teh jintan kasar*
1 1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh lada hitam*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawamg putih*
1 inci halia*
3 cm kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng kentang hingga garing, angkat dan tos, kemudian goreng hati hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan 1/3 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk halus. Masak hingga harum.
  2. Tuang sedikit air dan masukkan hati dan kentang, kacau rata. Tambah hirisan bawang besar dan cili padi belah, gaul rata.
  3. Tambah sedikit gula dan garam hingga secukup rasa, masak hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok, boleh diangkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat..

4 comments:

  1. Salaam Nor. Mama suka makan hati ayam tapiiiiii nak goreng tu yang malas sket sebab dia meletup. Nanti dapur berminyak. Kalau tutupkan kuali tu, bila nak balikkan pun, kenkadang meletup... huhuhu... memanglah betul kata pepatah, susah dulu senang kemudian. In this case, siksa dulu sedap kemudian... hehehe...

    ReplyDelete
  2. mama fahmi >> sebenarnya petua tak nak kasi hati tu meletup bila digoreng, ma kena kelar2 dulu hati tu, cam arahan mat tu. sebelum ni nor fobia gak bila nak goreng hati tp bila nor kelar, tak pulak ia meletup.. alhamdulillah.. try la ma, kelar2 tp jgn sampai putus lak ya :)

    ReplyDelete
  3. salam kak nor...
    Uikk..makkk...tergoda saya..

    ReplyDelete
  4. salam che mat.. resipi tu mmg sedap kan che mat.. k.nor main ratah2 jer hati/pedal tu soreng2 sbb patient tak makan pun :)

    ReplyDelete