f Secubit Garam: Kerabu apa ni...

N3 Terkini

Friday, June 18, 2010

Kerabu apa ni...

Kalau pandai cuba teka, ni kerabu apa? Kerabu timun? Kerabu mangga muda? Silap!!! Ni Kerabu Epal Hijau.. sedaaaaaaap tau. Sekali pandang dan sekali rasa mcm kerabu mangga muda sampaikan cik abg pun mula2 K.Nor bg dia rasa dia cakap kerabu mangga. Bila K.Nor kata salah, dia kata lak kerabu timun. Bila K.Nor kata bukan dan beritau yg tu kerabu epal, terkejut gak seposen sbb dia tak sangka epal pun boleh dibuat kerabu..

Resipi Kerabu Epal Hijau ni hasil K.Hanieliza. Dah lama benor nak try tp tak ter try jugak. Bila nak buat nasi..... baru terfikir boleh sgt2 digandingkan dgn Kerabu Epal ni. Nasi apa ya.. tungguuuuuuu. Nak g main2 dgn doh roti dulu, doh roti ku dah naik sangat tu. Resipi Kerabu Epal Hijau ni K.Nor letak nanti ya.. insyaallah..



updated:

Sori ya lambat letak resipi kes ada tetamu dtg berkunjung tadi. Ok spt yang dijanjikan, ni resipi Kerabu Epal. Mintak izin ya K.Liza nak letak resipi tu kat sini. Tq..


KERABU EPAL HIJAU by K.Hanieliza

2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan ~ tak letak sbb lupa nak beli
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.


3 comments:

  1. wah..senangnye, nnt klu ada POT LUCK kt opis, sy nk bwk le kak..thanx for sharing

    ReplyDelete
  2. wah ni bagus nyer idea..kerabu epal...

    ReplyDelete
  3. noradzlina >> elok sgt tu.. buatnya senang, kejap jer dah siap rasa pun sedap! :)

    lina >> try la, org duk obersi lagi senang nak buat kan, tak perlukan mangga muda pun boleh makan kerabu gak :)

    ReplyDelete