f Secubit Garam: Puding Triffle lagi..

Monday, June 28, 2010

Puding Triffle lagi..


Isnin kembali lagi.. Mudah2an minggu ni masih sempat utk meneruskan puasa. Kalau tidak harus kena geng dgn mek siam dan mek jepun hehe Layan Puding Triffle utk berbuka mmg syok kan.. Tambah lak dah sejukkan lama sket dlm esbok.. nyaman...

Tak mau la pot pet banyak2.. meh kita tengok resipi Puding Triflle oleh K.Hanieliza ni. Mintak izin ya K.Liza nak letak lagi resipi tu kat sini.. Mekasih ya...

PUDING TRIFFLES by K.Hanieliza

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.




## K.Nor nak mintak maaf ya, sbb font saiz kat blog ni bercelaru sket akhir2 ni. Ada yg besar, ada yg kecik, kadang2 dlm 1 N3 ada 2 saiz font. Dah puas mengejas, tp tak jumpa lg penyelesaian. Rasanya sejak guna google chrome yg jadi gini ni.. ish... maaf ya..