f Secubit Garam: Nasi Ayam Goreng

N3 Terkini

Friday, June 18, 2010

Nasi Ayam Goreng

Ika... akak dah buat ni spt yg dijanjikan aritu hehe.. Tak sangka nasi yg nampak simple jer ni menghasilkan satu hidangan yg cukup enak. Sebelum ni dah tanya Mek Siam tu, dia cakap mmg sedap jadi K.Nor kata nak tunggu Naim balik dr asrama dulu baru nak buat. Bila makan semua puas hati sbb memang sedap! Boleh dijadikan menu bulan Ramadhan gak ni.. Try la menu yg simple tapi menyelerakan ni.

Opss.. lupa resipi ni K.Nor amik kat rumah Ika dan Ika lak amik kat rumah CManggis rasanya kalau tak silap. Apapun mekasih buat semua yg terlibat dlm menghasilkan dan menguar2kan resipi yg enak ni.. Dan mintak izin ya pd tuan resipi, K.Nor nak share kat sini pulak dan mekasih buat Ika juga :)

Lupa nak beritau, K.Nor buatkan Kerabu Epal Hijau utk dijadikan partner dgn Nasi Ayam Goreng ni la.. cukup membangkitkan selera tau.. try la..



NASI AYAM GORENG
sumber
Ika

Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D ~ K.Nor juga buat sup :)


4 comments:

  1. salam nor. nasi goreng ayam...nasi ayam goreng... konpius jap!

    ReplyDelete
  2. ni ala2 mcm msk briyani gam ye kak? sbb ayam letak dlm nasi n msk together...

    ReplyDelete
  3. ita >> nasi goreng ayam = nasi yg ayamnya digoreng. nasi ayam goreng = nasi ayam yg digoreng.. hehehe agaknya la kut :)

    ReplyDelete
  4. memang sedap nasi ni..... semua orang dalam rumah suka.. yumyumm

    ReplyDelete