f Secubit Garam: Blackpepper Chicken & Brokoli

N3 Terkini

Wednesday, June 2, 2010

Blackpepper Chicken & Brokoli


Menu ayam lagi hari ni. Kali ni cuba resipi Blackpepper Chicken & Brokoli. Sebelum ni tengok resipi ni kat rumah Ika tp c&p resipi dr tuan asal Jun JC. Memang yummy sungguh!! Cuba la ya, insyaallah menjilat jari :)

Mekasih Jun sudi share resipi best ni dan cam biasa, mintak izin ya nak share lak kat sini dan mekasih gak buat Ika yg bg promosi yg cukup baik ttg menu ni..



BLACKPEPPER CHICKEN & BROCCOLI by JC


1 pound dada ayam-potong kecil
1 tsp minyak bijan ~ K.Nor tak letak
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp seasoning salt

Gaul semua bahan ni dgn ayam dan perap sekejap.

Bahan sos:
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu teh jus lime atau cuka
1 kiub pati ayam

Sampingan:
1 head broccoli-potong & kukus atau rebus dulu ketepikan
1 btg carrot-hiris & stim ketepikan
1/2 lada benggala warna merah
1/2 lada benggala warna hijau
3 ulas bawang putih- cincang
3 tangkai daun bawang-hiris

Panaskan minyak kemudian goreng ayam, bila dah masak ketepikan. Guna minyak yg sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.

Masukkan ayam dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan broccoli dan carrot gaul rata. ( kalu nk berkuah sikit masukkan sikit air ).

3 comments:

  1. wahhh...sedapnya ayam blackpepper w brokoli!!! my fav!!

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Aminkan Doa Imam Masjidil Haram

    ReplyDelete
  3. ain >> mmg sedap ain, tambah lg kalau pedas2 sket.. fuhhhh.. mmg menjilat jari tau :)

    saiful >> salam.. insyaallah.. amiinn

    ReplyDelete