f Secubit Garam: Jom Makan Muffin....

Monday, June 21, 2010

Jom Makan Muffin....

Demam Chiffon Cake dah reda, arini demam muffin lak melanda hehee.. Hari ni K.Nor try Coffee Muffin With Choc. Chips yg diambil dr blog Ina@Hana. Resipi dr buku Muffin pemberian Deetha kalau tak silap. Harum semerbak bau muffin ni masa dlm proses pembakaran dgn bau kulit kayu manis dan jugak bau coffee... ermm........ best!! Try la ya pd penggemar muffin tu, tak payah pun buat nih. Cuma ada extra crumble jer, tu yg membuatkan muffin ni sedap!

Ina, maceh ek... nak kopipes resipi muffin tu kat sini.. Thanks to Deetha too :)




COFFEE MUFFIN WITH CHOC. CHIPS
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan
  • 200g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 150g gula - hana kurangkan 110g sahaja
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 biji telur
  • 100g mentega
  • 100ml krim masam - hana ganti yogurt
  • 1 sudu besar serbuk coffee bancuh dengan 1 sb air panas
  • Choc chip secukupnyer - nih hana tambah
Untuk Crumb
  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon

Cara-cara
  • Untuk Crumbs - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga saat hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200. dalam mangkuk campur tepung, baking powder dan gula. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan mentega, krim@yogurt, pes coffee dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi. Jika suka, leh taburkan choc chips atau masukkan choc chips ke dalam adunan.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai dan hidangkan hangat dengan secawan kopi.


Nah amik seketul sorang jer ya.. tak leh banyak2 hehe