f Secubit Garam: Ikan Pari Masak Hijau

N3 Terkini

Thursday, June 17, 2010

Ikan Pari Masak Hijau


Nyum...Nyum..... mmg mabeles rasa menu ni. Ni kali ke 2 buat, aritu buat tak cukup! Semua suka dgn rasa lauk ikan pari ni. Sedap!!! Tadi pun Luqman siap ratah2 lagi. Kali ni beli 2 ekor anak pari, lebih kurang 1.5kg beratnya. Sedap tau ratah2 aje.. fuh!!! terangkat! Try la, K.Nor mmg puas hati masak ni.. pasti lepas ni buat lagi dan lagi. Tambah lagi Ramadhan tak lama dah.. insyaallah akan jadi menu berbuka. Memang menyelerakan!

Resipi dari Ayu S'Pore.. Ayu, cam biasa ek.. mintak izin nak share lak resipi ni kat sini. Kita panjang2kan pd org lain lak resepi mabeles ni.. Mekacih! :)




IKAN PARI MASAK HIJAU
(resipi ambil kat dapur
Ayu)

Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)

Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel


3 comments:

  1. salam Nor,
    wah dah 2x kali buat ya..hehe..
    glad nor & family suka..
    Ayu ingat pun nak buat lagi..tapi nak dapat anak ikan pari, jarang2 ada kat sini..itu yg kalau kita dapat, kita borong..hehe

    ReplyDelete
  2. lina >> yep.. mmg sedap :)

    ayu >> salam.. sedap la tu ayu sampai dah cuba 2x ni.. semua suka tau..nor tambah sket kepedasan tu, lagi la best. tu la kalau buat sket2 memang tak cukup :)

    ReplyDelete