f Secubit Garam: Ikan Taucho CMG

N3 Terkini

Sunday, June 6, 2010

Ikan Taucho CMG


Masa makan lauk ni td teringat waktu K.Nor berkampung kat IJN sebelum ni. Kebiasaannya kalau K.Nor g beli lauk kat cafe IJN, lauk Ikan Masak Taucu yg K.Nor pilih. Bukan la rasa lauk tu 5* tp K.Nor ni kureng sket kalau bab lauk2 ayam dan boring gak tengok lauk2 yg bersantan yg banyak kat situ. Tu yg selalunya amik ikan masak taucu dgn daun salad sbg ulam.

Utk resipi Ikan Taucho ni K.Nor ceduk dr rumah Che Mat Gebu yg semakin fofular skrg ni. Tahniah buat Che Mat, bukan senang tu nak 'masuk' dlm majalah Jelita. Tak lama lagi mesti keluar majalan lain pulak tu.. hehe Berbalik pd resipi ni, K.Nor masak menggunakan ikan selar dan taucu tu pulak K.Nor tak campak direct tp K.Nor tumbuk dulu. Pastu tambahkan sedikit cili api utk menambahkan sedikit rasa pedas. Memang enak.. Luqman yg agak memilih sket bila makan pun boleh cakap sedap lauk ni tadi.. Memang tak rugi mencuba resipi ni, simple tapi sangat sedap!


Che Mat, mintak izin ya nak share resipi tu kat sini.. Mekasih..


IKAN TAUCHO
by Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor ikan gelama (atau apa2 ikan yang digemari)
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar taucho
1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
1 cawan air
Garam dan gula jika perlu


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera

No comments:

Post a Comment