f Secubit Garam: Ayam Goreng Madu Petaling

N3 Terkini

Tuesday, June 22, 2010

Ayam Goreng Madu Petaling

Menu hasil skodeng dapur Ummi Kuantan, bila dah kebuntuan idea nak masak lauk utk lunch arini. Bila tengok cam simple dan sedap, terus aje godek kat dapur. Sekejap aje dah siap sbb mmg simple jer cara masak dan semua bahan2 pun sedia ada kat dapur. Rasa lauk ni cam kari pekat gak tp yg penting tak ada santan dan tak rumit nak buat. Kat rumah ni mmg laku kalau lauk2 berasaskan kari.



Ok lah.. kita tengok resipi Ayam Goreng Madu Petaling, resipi yg diambil dr rumah Ummi. Ntah camna dpt nama tu, tak pasti la. Yang pastinya tak masak kat Petaling Jaya or Petaling Street tp masak kat K.Trg jer hehe... Tq Ummi ya...


AYAM GORENG MADU PETALING
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:- (utk 2 orang, gandakan la kalau ramai nk makan eh)

  • 2 ketul peha ayam (atau lain2 bahagian) dibersihkan.
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 cm halia * (bahan * dihiris-hiris)
  • 3 camca besar serbuk kari daging/ayam
  • 1 camca besar madu
Cara Memasak:-
  1. Perap sekejap ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan hingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari, perlahankan api, kacau sebati (jangan hangus lak, kejap jek)
  4. Masukkan madu dan kacau kejap.
  5. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga bersalut rata.
  6. Hidangkan dengan nasi putih ketika panas2.

    update: lupa nak beritau, K.Nor ada masukkan perahan jus limau di akhir proses masakan ayam ni utk menambahkan lagi kesedapan lauk ni.. sori Ummi ya, derhaka sket :)

adehh.. pening sungguh masukkan n3 hari ni bila guna google crome nih.. semua abis bercelaru!! kena guna cik musang gak nampaknya.. huhu... sori la ya kalau nampak n3 K.Nor haru biru sket.. dah puas mengejas.. ikut dia la camna nak keluar..tak larat nk mengedit dah.. hu hu..

2 comments:

  1. selalu kecur air liur kalau jengah kat cni..bestnya..

    ReplyDelete
  2. hamizah >> hehe dah tirguda ek.. :)

    ReplyDelete