f Secubit Garam: Roti... roti....

N3 Terkini

Sunday, June 27, 2010

Roti... roti....


Meroti lagi hari ni. Kali ni versi ulang tayang jer. Masih menggunakan basic doh yg pernah K.Nor buat dulu tu. Tak nak cakap panjang2.. kita tengok resipi Basic Doh yg dah K.Nor ringkaskan. Kalau nak versi yg lebih detail bagi yg baru nak berjinak2 menguli doh.. boleh tengok kat sini ya..




BASIC DOUGH my style

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

2 comments:

  1. salm kak nor. cantiknya roti akakkk!!! ada lg ke klu saya nak sikit!!

    ReplyDelete
  2. ain >> salam ain.. uishh lamanya komen ain ni.. sowi ler, udah pinish.. g godek sendiri, ain kan dah teror meroti :)

    ReplyDelete